Tuesday, February 16, 2016

Expansion Activities During Mehmed 1456-1481

 

Selepas percubaan Siege of Belgrade (entri),Mehmed meneruskan beberapa lagi usaha untuk melebar penguasaan Ottoman. Objektif utama Ottoman Mehmed dalam usaha melebar penguasaan wilayah adalah untuk membuka wilayah yang di masuki kepada Islam. Antara ekspansi yang beliau lakukan adalah:

1459: Opening of Serbia to Islam to Serbia. Usaha ini diketuai oleh Vizier Azam Mahmud Pasya bermula pada 1457.

1460: Berjaya menguasai Amasra dalam wilayah Anatolia dari penguasaan Genoese. Pembesar setempat Isfendiyar, Ismail Beg, turut menyerahkan kota Sinop kepada Ottoman.

1461: Opening of the Pontus Empire to Islam. Peristiwa bermula apabila Uzun  Hasan mara masuk ke Amasya, wilayah Ottoman. Uzun Hasan pemimpin Parsi berbangsa Turki yang berkahwin degan anak perempuan Emperor Trabzon. Mehmed bertindak ke atas Uzun dan beliau (Uzun) mengutus ibu Mehmed, Sare Hatun, untuk memohon maaf. 

Mehmed meneruskan kemaraan ke Trabzon dan menawan kota tersebut. Sekali gus bermakna Mehmed berjaya memasuki dan menguasai wilayah Pontus dari Byzantine pada 1461. Penguasa Pontus, David Comnenus, dibenar mendiami satu kawasan di Edirne. Namun Comnenus berlaku khianat dengan berpakat bersama Uzun Hasan. Comnenus akhirnya ditangkap dan dibunuh pada 1463. 

1463: Mehmed berjaya menguasai Bosnia dan Herzegovina. Anak Raja Bosnia menerima Islam dengan nama Ahmed Pasha dan dilantik oleh Mehmed sebagai pemerintah.

1466: Mehmed berjaya membuka Mora kepada Islam. Sadrazam Mamud Pasya mengetuai misi ini.

1468: Mehmed menguasai wilayah Karaman dan anak Mehmed, Shehzade Mustafa menjadi penguasa Karaman. Karaman pada awalnya di perintah oleh Ibrahim Beg. Ibrahim kemudian diganti pula oleh anaknya Ishak. Pada 1464 Mehmed membenar Ahmed Beg mengganti tempat Ishak. Mehmed juga meminta Ahmed Beg membantu beliau menentang Uzun Hasan. Namun Ahmed Beg telah mungkir janji. Akibatnya pada 1468 Mehmed mara dan menguasai Karaman dari Ahmed Beg.

1473: Selepas lari dari Karaman Konya Pir Ahmed Beg cuba mendapat pertolongan Uzun Hasan (yang kini menjadi pembesar di Iran). Mehmed bertindak mara untuk berdepan dengan Uzun Hasan. Mereka bertempur dalam Battle of Otlukbeli pada 1473. Uzun dapat ditewaskan namun beliau sempat melarikan diri.

1475: Mehmed berjaya menawan Kefe dan Azak dan membawa Islam masuk pada 1475. Kefe dan Azak terletak di pantai sebelah utara Laut Hitam. Misi ini diketuai oleh Ahmad Pasya. Mehmed melantik Mengli Giray sebagai ketua wilayah yang dikenali juga sebagai Crimea.

1479: Mehmed terus mara ke wilayah Eropah dan berjaya menguasai Albania, dan juga Naples, Itali. Namun Naples kemudian jatuh kembali ke Eropah ketika Ottoman di bawah pemerintahan Bayezid II.

1481: Mehmed meninggal dunia ketika dalam misi meneruskan kemaraan di Gebze. Ada yang menulis Mehmed meninggal dunia di Maltepe - berdekatan Istanbul.

Masjid Al-Huda, Rome, Italy

Source: olivejourney - link

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home