Kejatuhan Sultan Bayezid I (1402)
Entri asal - geoab.
Kejayaan Bayezid seperti entri sebelum adalah suatu yang amat memberangsang. Namun kini dibicarakan pula perkara duka tentang Sultan Bayezid I. Salah satu usaha besar yang Bayezid lakukan ialah untuk menawan Konstantinople. Pasukan beliau telah memulakan usaha tersebut dengan tindakan kepungan ke atas Konstantinople. Kepungan berlarutan lama dari 1394 hinggalah 1402. Pada period yang sama Bayezid terpaksa pula menghadapi tentangan tentera Salib. Setelah berjaya menewaskan pasukan Salib maka Bayezid bersedia untuk meneruskan serangan ke Konstantinople.
Namun secara tiba-tiba muncul pula serangan oleh pasukan Tamerlane (r.1370-1405). Serangan melibatkan kedua musuh ini dikenali sebagai Perang Ankara yang terjadi pada Julai 1402. Pasukan Bayezid terdiri dari 120 ribu tentera manakala Tamerlane bilangan mereka lebih kecil sekitar 80 ribu. Apa yang berlaku adalah Tamerlane berjaya mengalahkan pasukan Ottoman dan Bayezid sendiri telah ditawan bersama anak beliau, Mustafa. Bayezid akhirnya meninggal dunia selepas setahun dalam tahanan di Aksehir pada 1403.
Selepas kematian Bayezid para pembesar Tamerlane telah memilih Mehmed Celebi mewarisi takhta Ottoman. Namun saudara-saudara Mehmed yang seramai empat orang tidak mahu mengakui kedaulatan Mehmed. Keempat mereka adalah Isa Beg, Musa Beg, Emir Sulayman dan Mustafa saling berebut wilayah untuk pemerintahan masing-masing. Maka berlakulah perang saudara yang berlanjutan selama sebelas tahun. Perang saudara tersebut meninggal kesan buruk kepada Ottoman. [Celebi = prince or young lord].
Baca “Dramatic representation of the Battle of Ankara and Bayezid I captivation by Tamerlane”. 12 pages (link).
“The Battle of Ankara and its consequences” Two pages of introduction (brill).
Gambaran Tamerlane bersama Bayezid ketika dalam tahanan (wiki)
– – – – –
0 Comments:
Post a Comment
<< Home