Orhan bin Osman (r.1326-1362)
Petikan asal mengenai Ottoman Orhan (entri):
Selepas kematian Osman Gazi bin Ertugrul pemerintahan Ottoman diwarisi pula oleh anaknya yang bernama Orhan. Beliau mula memangku tugas ayahnya apabila Osman Gazi mula sakit pada 1320. Orhan juga meneruskan usaha meluaskan empayar Ottoman dengan menyerang dan menakluk wilayah sekitar. Orhan dibantu banyak oleh kumpulan tentera elit Ottoman yang digelar Yennisari (atau Jeniseri). Mereka terdiri dari anak-anak lelaki remaja Kristian yang menjadi tawanan perang atau bapa mereka terbunuh dalam pertempuran dengan Ottoman.
Kejayaan Orhan bermula dengan menakluki kota Busra pada 1324. Beliau seterusnya berjaya menakluki kota-kota lain seperti Kocaeli, Kartal dan Aydos. Seterunya pada 1329 Orhan menang Perang Palekanon menewaskan King Adronikus Byzantine. Sekitar tahun 1352-53 pasukan Orhan berjaya mara hingga ke Balkan.
Period Orhan juga menyaksikan banyak masjid dibina seperti di Busra, Iznik, Bilecik dan Gebze. Orhan juga berjaya menukar Gereja Ayasofya di Iznik (dulunya Nicaea) menjadi sebuah masjid. Beliau juga berjaya mendirikan universiti pertama Ottoman.
Sesetengah sejarawan menama Orhan sebagai pemerintah Ottoman yang paling berjaya. Ibnu Batutta juga menulis dalam bukunya menyebut Orhan sebagai sultan Turkoman yang terhebat. Orhan meninggal dunia pada 1362 dan diganti oleh anaknya iaitu Sultan Murad I yang memerintah dari 1362 hingga 1389.
Bangunan makam Osman Gazi dan Orhan,
Bursa go turkey - link
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home