Ottoman ke3 Murad I (r.1362-1389)
Entri asal geoab:
Pemerintah Ottoman ke3 ialah Sultan Murad I bin Orhan. Sultan Murad I dilantik pemerintah Ottoman mengganti ayahnya. Orhan pada awalnya menamakan abang Murad I iaitu Sulaiman Pasya sebagai bakal pengganti. Namun Sulaiman meninggal dunia lebih awal iaitu pada 1359. Maka Murad I diangkat mengambil tempat Sulaiman Pasya. Pasya ialah gelaran kepada anak sulung.
Sepanjang hampir 30 tahun pemerintahan Murad I telah menempuh banyak perang. Ada yang menyebut hingga 37 peperangan. Beliau berjaya menang kesemua peperangan tersebut. Hasilnya luas wilayah pemerintahannya meningkat dari 95 ribu km persegi pada awal mewarisi kuasa kepada 500 ribu km persegi. Pertambahan lima kali ganda.
Kejayaan Murad I bermula pada 1362 dengan menawan Adrianople dan menukarnya kepada nama Edirne. Berikutnya pada tahun 1363 Murad I berjaya menawan Philippi (atau Filibe) iaitu pusat kota Balkan. Pada tahun yang sama bermula Perang Salib pimpinan Raja Louis dari Hungary. Murad I berjaya mengalahkan pasukan Salib tersebut. Sebagai merai kemenangan Murad I telah membina masjid dan banyak institusi kebajikan lain di Bilejik, Bursa dan Edirne.
Kejayaan Murad I yang seterusnya adalah menawan wilayah sekitar Balkan hingga ke Macedonia sekitar 1371-73. Menang Perang Plocnik dan Bileca pada 1387-88 dan terakhir menang Perang Kosovo menawan Serbia. Malangnya ketika di medan Perang Kosovo Murad I telah dibunuh oleh seorang tentera Serbia secara mengejut. Sebahagian jasad Murad I (iaitu organ dalaman) telah dikebumi di pusara berdekatan Kosovo. Jasad beliau yang lain dibawa pulang dan di kebumi di Bursa.
Setelah kematiannya Murad I diganti oleh Bayezid I.
Nota: catatan bacaan sejarah turki oleh ARA.
Et'hem Bey Mosque, Tirana, Albania
source: viator dot com (link)
Masjid dibina pada 1791 atau 1794 (?) dan siap pada 1819 atau 1821(?). Baca spotting history - link.
Masjid dibuka semula pada 1991 setelah tutup sejak kerajaan komunis 1960.
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home