Monday, January 25, 2016

Anak-Anak Bayezid Ketika Period Interregnum

 

Perbincangan tentang interregnum dalam buku Mehmet dan juga buku ARA tidak begitu panjang. Cuma ada sekitar separuh m/surat. Antara yang ditonjolkan adalah;

Suleyman Celebi - menguasai wilayah Ottoman bahagian Eropah. Suleyman telah dibunuh oleh adik beliau, Musa Celebi pada 1410.

Musa Celebi - menguasai wilayah Ottoman Eropah setelah membunuh abang beliau Suleyman.

Mehmed Celebi - menguasai wilayah Ottoman bahagian Anatolia setelah mengenepikan atau menjatuhkan Isa Celebi. Mehmed berikutnya berjaya menguasai wilayah Ottoman Eropah dari tangan Musa Celebi. Mehmed dan Musa berdepan dalam Perang Camurlu 1411, 1412 dan 1413 berakhir dengan kemenangan Mehmed.

Apa pula yang berlaku kepada seorang lagi anak Beyazid, Mustafa Celebi. Beliau menjadi tawanan sebaik kekalahan Bayezid. Ketika Mehmed menguasai Ottoman pada 1412, Mustafa telah dibebas dan mendapat perlindungan Raja Byzantine dengan berlindung di Thessaloniki. Mehmed bertindak datang meminta Mustafa diserahkan kepada beliau. Raja Byzantine memberi jaminan Mustafa akan terus berada dalam penjagaan beliau dan meminta Mehmed membayar sejumlah wang sebagai belanja urusan menjaga Mustafa.

Sebuah fortress binaan Ottoman di Crete, Greece [bina sekitar 1866-69]

Baca "Aptera Castle ancient Ottoman fortress, Crete". flickr - link.

- - - - -

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home