Sebab Kekalahan Bayezid vs Timurlane 1402
Entri asal - geoab.
Kejatuhan Bayezid akibat kekalahan di tangan Timurlane dalam Perang Ankara pada 1402 amatlah memilukan. Bayezid yang mencapai berbagai kejayaan terutamanya Perang Nikopol tetiba boleh tewas dan lebih tragik menjadi tawanan pula kepada Timurlane. Pasukan tentera Timurlane memang jauh lebih kecil berbanding Bayezid. Pasukan Bayezid pula ramainya askar di kalangan bangsa Serbian yang terpaksa diarah turut ke medan perang bila mana askar Muslim ramai yang menarik diri. Satu sebabnya mereka menarik diri adalah kerana enggan berperang melawan sesama Islam.
Beberapa punca lain yang menyebabkan Bayezid kalah di tangan Timurlane adalah:
1 strategi bijak yang diatur Timurlane di Lembah Cubuk.
2 Menyekat bekalan air sehingga tentera Bayezid menderita dahaga kehausan.
3 Sebahagian pasukan yang menyertai Bayezid berpaling tadah (mereka adalah kumpulan dari Aydin, Germiyan dan Mentese).
Ruang tidur sebuah penginapan Hung Hom
– – – – –
0 Comments:
Post a Comment
<< Home