Sunday, January 03, 2016

Ottoman Beyazid I Berdepan Dengan Timurlane 1402

 

Ottoman Beyazid I menjadi Sultan Ottoman pada period 1398-1402. Beliau menggantikan ayahnya, Murad I yang terbunuh ketika berperang di Kosovo. Beyazid I pada awal pemerintahan amat berjaya dalam usaha melebar wilayah kuasaan Ottoman. Antara yang dapat beliau kuasai ialah Karaman pada tahun 1397. Sebelum itu Karaman adalah di bawah tadbir seorang Beg Muslim. Selepas kejayaan tersebut Beyazid meneruskan pula usaha untuk cuba menawan Constantinople. Beyazid I tidak menggunakan kekuatan senjata sebaliknya mengenakan sekatan kemasukan barang masuk ke Constantinople. Pasukan Beyazid melakukan sekatan tersebut bertahun lamanya sehinggakan Constantinople sudah hampir mengaku kalah.

Pada 1401 Beyazid menghentikan operasi Constantinople kerana adanya serangan oleh tentera Timurlane. Sebelum itu Timurlane telah membunuh anak Beyazid bernama Ertugurul selepas Timurlane berjaya menawan wilayah Sivas pada tahun 1400. Beyazid berdepan Timurlane dalam Perang Ankara pada 1402 dan berakhir dengan kekalahan Ottoman. Bayezid I pula menjadi tawanan Timurlane dan Bayezid akhirnya mati selepas setahun dalam tahanan. 

Baca "Ten things you never knew about Timur; one of history's biggest monster". History collection 2018 - link

Lukisan menggambar Bayezid ketika dalam tawanan

Source: wikiwand - link.

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home