Monday, January 11, 2016

Sultan Bayezid I dan Perang Ankara 1402

 

Entri asal - geop wp (link):

Satu lagi sejarah gelap dalam kerajaan Ottoman berlaku ketika pemerintahan Sultan Bayezid I. Beliau mula memerintah pada 1389 mengganti ayahnya (Murad I) yang terbunuh dalam Perang Kosovo. Pada 1402 berlaku Perang Ankara menentang tentera gabungan kuasa Kristian yang dipimpin Timur (atau Tamerlane). Pasukan Ottoman tewas dan Sultan Bayezid sendiri turut menjadi tawanan. Beliau telah dikurung dalam sangkar besi.

Turut menjadi tahanan adalah isteri Bayezid I bernama Despina Hatun. Nama asal beliau ialah Olivera Despina. Beliau adalah anak Raja Serbia, Lazar, yang terbunuh ketika perang Kosovo (bersama Murad I ayah Bayezid). Bayezid meninggal dunia pada 1403 pada usia 48 tahun. Bayezid dan isteri dikatakan mendapat layanan buruk sepanjang tahanan mereka. Turut menjadi tahanan ialah anak Bayezid bernama Mustafa Celebi. (wiki Bayezid).

Nota: ada pula catatan sejarah yang berbeza tentang layanan Timur terhadap Bayezid semasa dalam tahanan. Catatan menyebut Timur memberi layanan baik dan turut bersedih atas kematian Bayezid.

Setelah kewafatan Bayezid I kerajaan Ottomon terhenti tanpa pengganti untuk beberapa tahun. Sultan Ottoman berikutnya iaitu Mehmed I (anak keempat Bayezid I) di lantik pada 1413.

Masjid Besar Paris

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home