Wednesday, March 09, 2016

Sejarah Orang Islam Datang Ke India (2)


Berikutnya pada zaman Umayyad Muawiyah sebuah angkatan perang pimpinan al-Muhallab bin Abu Sufrah telah sampai ke Kabul.

Pada zaman Umayyad Abdul Malik bin Marwan (r.685-705), Gabenor Iraq ketika itu al-Hajjaj telah menghantar Panglima Muhammad bin Qasim untuk berdepan dengan tentera India yang ketika itu di bawah pemerintahan Raja Dahar.

Selepas Abdul Malik bin Marwan, anak beliau al-Walid bin Abdul Malik (r.705-715) menjadi khalifah. Selepas al-Walid, Sulaiman bin Abdul Malik (r.715-717) pula naik menjadi khalifah. Pada zaman Sulaiman beliau telah memanggil pulang Muhammad bin Qasim. Malah Muhammad telah diperlaku kejam oleh Sulaiman. Beliau telah dirantai, dipenjara dan akhirnya dibunuh.


Masjid al-Muhallab bin Abu Sufrah, Muscat, Oman
source - beautifulmosques
- - - - -

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home