Ottoman Period Murad IV (1623-40)
Entri asal geoab - link:
Masalah pertama yang dihadapi oleh Murad IV adalah pemberontakan dalaman yang ditimbulkan oleh Mehmed Pasya. Mehmed ialah Gabenor di Erzurum dan beliau memberontak untuk menuntut bela atas kematian Sultan Osman II. Mehmed berjaya menawan Erzurum pada 1624 dan beliau bertindak menekan pasukan Janissari yang sebelumnya telah membunuh Osman II. Hafiz Ahmed Pasya yang berkahwin dengan anak Vilade Sultan telah diarah menentang pasukan Mehmed Pasya. Pasukan Ahmed Pasya berjaya menewaskan Mehmed Pasya di Anatolia Tengah.
Pada 1628 Ahmed Pasya bangkit sekali memberontak di Erzurum. Namun kali ini
beliau tewas dan dapat di tangkap serta dibawa ke Istanbul. Apabila Sultan
Murad mengetahui yang Ahmed Pasya memberontak semata-mata untuk membela Osman
II maka beliau diberi keampunan.
Pada 1632 Sultan Murad IV mula bertindak lebih agresif dan
menguatkan cengkaman pemerintahan beliau. Beliau memperkenal era rejuvenasi
bermakna kuasa pemerintahan berada penuh ditangan beliau. Bukan lagi
dipengaruhi ibu dan wazir besar seperti period lapan tahun silam. Antara
langkah baru yang beliau ambil adalah mengharamkan arak dan rokok. Murad IV
juga mengarah kedai kopi ditutup kerana ia menjadi pusat pertemuan para
petualang dan penyamun seluruh wilayah Ottoman.
Pada 1635 Sultan Murad IV mengambil tindakan keras ke atas
puak Druze yang mencetus huru-hara di wilayah Lebanon dan Syria. Pemimpin
mereka Fakhrudin al-Ma’ani ditangkap dan dibawa ke Istanbul dan telah dihukum
bunuh. Sultan Murad IV turut mengambil tindakan ke atas Safavid Iran pimpinan
Syah Abas. Pada 1635 Murad IV menghantar pasukan Safavid dan Ottoman berjaya
menguasi Benteng Yerevan.
Pada 1638 Sultan Murad mara lagi dan kali ini sasarannya adalah
kota Baghdad. Setelah sebulan mengepung akhirnya beliau berjaya menguasai
Baghdad. Di Baghdad Murad IV sempat melawat makam Syeikh Qadir Jailani dan
makam Imam Abu Hanifah. Dengan kejayaan tersebut Murad IV telah digelar
“Conqueror of Baghdad”.
Yereven Pavilion, Topkapi (source – link)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home