Saturday, April 21, 2018

Ottoman Mahmud I (1730-1754) - Catatan Maksudoglu

 

Sultan Mahmud I memerintah Ottoman pada period 1730-1754. Beliau adalah anak kepada Mustafa II (r.1695-1703) dan ibu beliau Saliha Sabkati Valide Sultan yang berbangsa Serbian (d.1739). Mahmud naik sebagai Ottoman ke24 selepas Ahmed III dijatuhkan melalui pemberontakan diketuai vizier Patrona. Sepanjang period Mahmud I berlaku beberapa peristiwa dan antara yang dicatat dalam buku Maksudoglu adalah:

1730: War with Russia - pada 1730 Russia menyerang Azak Castle dan Ozi atau Odessa Castle. Turut diserang ialah Crimea. Sultan Mahmud I menghantar pasukan diketuai Silahdar Memhed Pasha untuk berdepan Russia. Mehmed Pasha ternyata kurang berpengalaman manakala pentadbiran Istanbul pula pada ketika tersebut diambil oleh Osman Halis Efendi. Pasukan Mehmed Pasha gagal dalam misi beliau kerana tidak menerima bantuan dan sokongan dari Efendi. Kekalahan tersebut mengakibatkan Mehmed Pasha diganti oleh Abdullah Pasha manakala Efendi pula telah dihukum bunuh.

Perang dengan Austria - pada 1737 Austria dapat dikalahkan di Bosnia oleh pasukan Ottoman yang diketuai Hekimoglu Ali Pasha. Manakala pasukan pimpinan Ahmed Pasha pula berjaya di Niz dan pasukan pimpinanIvaz Mehmed Pasha berjaya mengalahkan Austria di Vidin. Pasukan Mehmed Pasha terus mara memasuki wilayah sebelah utara dan berjaya menawan kota Adakale pada 1738.

War with Iran: pergolakan di Iran bermula bila mana Ahmed Pasha dapat menguasai Baghdad dengan mengalahkan Shah Iran Tahmasp. Selepas kejatuhan Tahmasp beliau diganti oleh anaknya yang masih infant. Mengambil tempat pemerintahan bagi pihak anak kecil tersebut ialah Nadir Ali (ketua puak Afshar). Nadir Ali bertindak untuk merampas semula Baghdad. Namun pada 1733 pasukan Ottoman yang diketuai Osman Pasha dapat mengalahkan Nadir Ali. Pada 1736 pasukan Nadir Ali berjaya di Kirkuk dan beliau mula menjadi Shah Iran pada 1736. 

Pada 1743 sekali lagi serangan dilakukan oleh Iran, kali ini pasukan diketuai oleh Nadir Shah. Beliau cuba menawan Mawsil Castle namun Ottoman berjaya bertahan di bawah pimpinan Huseyin Pasha. Akhirnya pada 1746 Nadir Shah mengambil keputusan menamat sengketa dan berdamai.

Ketika dihujung period Sultan Mahmud I beliau berusaha menguatkan pasukan tentera. Sultan Mahmud juga mendapat sumbangan khidmat Comte de Bonneval (1675-1747) yang memeluk Islam. Beliau menukar nama kepada Humbaraji Ahmed Pasha dan dapat menyumbang khidmat cemerlang kepada Ottoman. 

Sultan Mahmud II meninggal dunia pada 1754. Beliau diganti oleh Sultan Osman III (r.1754-57).

Baca mahmud I - wiki.

Alaca Minare Mosque, Thessaloniki

source: thessaloniki - link

This is a remarkable Ottoman building, which operated - except as a muslim mosque – as an imaret (poors’ house) and a Medrese (ieratical school). According to a dedicatory inscription that survives above the entrance of the building, its construction was made in 1484 by İshak Paşa, who was the Grand Vizier and Governor of the city. For this reason, the monument is also known with the name "İshak Paşa Mosque." Today, the area belongs to the municipality of Thessaloniki and is used for cultural events and temporary exhibitions.

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home