Sunday, May 20, 2018

Ottoman ke26 Mustafa III (1757-1774)

 

Entri asal geoab - link:

Setelah kematian Osman III naik sebagai Ottoman ke26 ialah Sultan Mustafa III. Beliau adalah anak kepada Sultan Ahmed III (Ottoman ke23) dan sepupu Osman III (Ottoman ke25). Pada awal pemerintahan Mustafa III keadaan negara aman berikutan terpakainya Penjanjian Belgrade 1739 yang mengiktiraf Ottoman sebagai kuasa besar dunia. Faktor lain adalah peranan wazir Koca Raghib Pasya yang enggan melibat Ottoman dalam kancah perang. Ini kerana Ottoman sedang berada dalam keadaan lemah.

Namun Mustafa III sejak awal telah merancang untuk berperang dengan Russia. Tambahan pula pemerintah Russia telah melanggar Perjanjian Prut 1711 dengan mencampuri urusan politik Poland. Maka pada 1768 Ottoman terlibat semula dalam peperangan dengan Russia. Dalam pertempuran tentera 1768 Russia yang lebih mara dan berjaya menawan benteng Poland iaitu Khotyn. Mereka juga berjaya menembusi Laut Baltic dan masuk ke Mediterrannean. Pada 1771 Russia berjaya menakluki Krimea.

Peperangan dengan Russia berterusan sepanjang period pemerintahan Mustafa III. Pasukan Ottoman yang semakin melemah pula ditimpa kekalahan demi kekalahan. Dalam suasana yang tertekan dengan kekalahan maka kesihatan Mustafa III semakin terganggu. Beliau meninggal dunia pada 1774 ketika azan Jumaat di Masjid Ayasofia. Sultan Mustafa III diganti oleh Abdul Hamid I sebagai sultan Ottoman ke 27. Abdul Hamid I memerintah dari 1774 hingga 1789.

 


Masjid Ayazma, Uskudar, Istanbul

Dibina oleh Mustafa III pada 1760-61 (howtoinstanbul link)

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home