Friday, August 16, 2019

Pemerintah Agung Mughal - Akbar (d.1605)

 

Selepas Humayun meninggal dunia takhta Mughal di sambung oleh anak beliau Akbar. Akbar dikatakan pemerintah Mughal yang paling berjaya. Beliau memperkenal program reformasi dan berjaya memenangi penerimaan penduduk bukan Muslim. Akbar berminat sama dengan agama lain dan kerap mengajak penduduk India penganut Hindu, Parsi, dan Kristian mengada perbincangan agama bersama warga Muslim.

Akbar terus berusaha melaku perluasan wilayah dengan pimpinan bersama perdana menteri beliau, Bairam Khan. Pada 1561 mereka menyerang Malwa. Pada 1562 Raja Jaipul, Raja Bihari Mal menghadapi ancaman pemebrontakan. Beliau telah menawarkan puteri untuk berkahwin dengan Akbar dan seterusnya mengiktiraf pemerintahan Mughal Akbar. Akbar juga memujuk Raja Rajput supaya memberi kerjasama kepada kerajaan Mughal.

Pada 1573 Akbar menakluki Gujerat dan mara terus ke Bengal. Pada 1576 Akbar bertindak membunuh pemerintah Afghan yang enggan mengakui Akbar sebagai maharaja. Melalui tindakan tersebut sekali gus Mughal berjaya menakluki Bengal.

Pada 1586 Akbar berjaya menakluki Kashmir dan kemudian pada 1591 menawan Sindh. Seterusnya pada 1595 berjaya pula menawan Kandahar.

Akbar meninggal dunia pada 1605 kerana sakit. Beliau diganti oleh anak bernama Jahangir.

 

The mausoleum of Akbar the Great, Sikandra, Agra

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home