Friday, January 21, 2022

Asas Kerajaan Islam Aceh

Info m/surat 33 menyebut bahawa kerajaan Islam Aceh diasas oleh salah seorang keturunan Bani Seljuk  bernama MakhdumAbi Abdullah Syaikh Abdurrauf al-Mullaqab. Beliau datang ke Aceh dari Baghdad. Antara raja Aceh yang terkenal adalah Sultan Ali Mughayat Syah (r.1507-1530M).

Semasa Melaka dikalahkan Portugis Aceh masih merupakan kesultanan kecil. Dari Melaka pedagang Muslim kemudiannya berpindah berurus niaga di Aceh. Keadaan tersebut membuat Portugis marah dan mereka cuba pula menguasai Aceh.

Sebelum kewujudan Aceh telah ada beberapa kerajaan Islam di Sumatera. Antaranya adalah Peureulak (840-1291M), Samudera-Pasai (1042-1427M), Beunua/Tamieng (1184-1398), dan Pidie/Pedier (sekitar 500 -1509M). 

Semasa pelayaran Marco Polo tiba ke Nusantara pada 1292M kerajaan Samudera Pasai diketuai oleh Sultan Malikul Saleh.

Sebuah masjid di Sumatera

Baca "Kesultanan Samudera Pasai". minimalis co - link.

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home