Ottoman Abad Ke16 Dan Portugis
Beberapa perkembangan Ottoman lain turut berlaku selepas period kejatuhan Melaka 1511. Antara perkembangan tersebut adalah kejayaan Ottoman mengalahkan Syiah Safawid Iran pada 1514 dalam Perang Chaldiran. Selanjutnya Kerajaan Mamluk Mesir bertindak menguasai Yemen pada 1515. Penguasaan Mamluk ke atas Yemen adalah sebagai tindak balas ke atas kehadiran Portugis ke pesisiran pantai Arabia.
Pada 1516 Ottoman Salim I pula menguasai Mesir yang ketika itu di bawah taklum Mamluk yang menjadi sekutu Abbasid. Salim I menyerang Mamluk Mesir kerana mereka menjadi sekutu juga kepada Safawid. Salim I berjaya menumpaskan Mamluk Mesir yang dipimpin oleh Sultan Al-Ghawri. Salim I kemudiannya melantik Tuman Bey sebagai wakil pemerintah Ottoman di Mesir. Namun berlaku pula perebutan kuasa oleh Tuman yang mahu menguasai Mesir dengan mengenepi Ottoman. Akhirnya pada 1517 Salim I melakukan serangan ke atas pasukan Tuman dan beliau tewas dan terbunuh.
Pada 1526 pula Ottoman Sulaiman II menguasai Hungary. Sulaiman II juga berjaya menewaskan tentera Sepanyol di Afrika Utara dalam perebutan Algeria dan Tunisia.
Baca "A brief history of Hungary's controversial 'Islamic churches' ". theculturetrip - link.
"An age the lives forever the mosque in Pecs". europebetweeneastandwest - link.
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home