Tuesday, January 11, 2022

Nusantara Dan Dunia Islam Ottoman Abad Ke 15 dan 16

Kuasa penjajah Barat Portugis mula datang ke Nusantara pada awal abad ke16 dan menyerang Melaka dan seterusnya menguasai Melaka pada 1511. Pada period yang sama kerajaan Ottoman berada pada era kegemilangan. Kejayaan dan keagungan Ottoman terus gemilang selepas berjaya menguasai Constantinople pada 1453. Ottoman seterusnya melebar wilayah penguasaannya meliputi Afrika Utara dan sebahagian besar pesisiran Laut Mediterranean.

Sultan atau pemerintah Ottoman pada period kegemilangan mereka terdiri dari Muhammad I (1401-1421), Murad II (1421-1451), Muhammad II atau Al-Fatih (1451-1481), Bayazid II (1481-1512), Salim I (1512-1520), Sulaiman II (1520-1566), Salim II (1566-1574), dan Murad III (1574-1595).

Kejatuhan Melaka kepada Portugis berlaku pada penghujung era Ottoman Bayazid II (1481-1512). Sebelum itu Ottoman Murad II berdepan dengan banyak tentangan tentera Kristian yang mahu mengambil semula wilayah yang dikuasai Ottoman. Pihak Kristian juga mahu menghidup kembali Perang Salib.

A Mosque in Budapest

source: fb - link

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home