Serangan PKM Era 1973-1975
PKM melancar beberapa serangan dan pembunuhan sekitar period tahun 1970-an. Akademia Ho Hui Line menyenarai serangan tersebut dalam sebuah artikel beliau.
Tahun 1973:
Timbalan Penguasa Polis, Wong Lim Hoon dibunuh oleh komunis di Kuala Lumpur pada 18 Januari 1973. Ini diikuti dengan pembunuhan Ketua Inspektor, Chin Chin Kou pada 12 Julai 1973 di Serdang, Kedah dan Detektif Sarjan, Cheng Kek Oh di Sungai Siput, Perak pada Oktober 1973.
1974
Pada tahun 1974, berlaku lagi tiga kejadian pembunuhan terhadap pegawai pasukan keselamatan, iaitu Detektif Konstable, Lee See Kaw di Malim Nawar, Perak pada 3 Januari 1974, Detektif Sarjan Lee Yoon Chin di Melaka pada 20 April 1974 dan Detektif Konstable, Ong Soon Chua di Chemor, Perak.16 Manakala, pada pagi 4 Jun 1974, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim pula ditembak mati oleh komunis di Kuala Lumpur.
1975
Pada 26 Ogos 1975, Tugu
Negara dibom dan kem Pasukan Polis Hutan (PPH) di Jalan Pekeliling turut
menjadi sasaran serangan komunis. Pada 13 November 1975 pula, Ketua Polis
Kontinjen Perak, Datuk Khoo Chong Kong ditembak mati oleh komunis.
Upacara pengkebumian Khoo Chong Kong
sumber (link)
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home