Sunday, January 15, 2023

Long Yunus, Long Muhammad Dan Tengku Muhammad Kelantan


Perang Saudara merebut takhta Kelantan tercetus pada awal abad ke-19. Perebutan takhta berlaku setelah kematian Long Yunus bin Long Sulaiman pada 1794. Long Yunus memegang takhta sejak 1776. Tahun berakhir pemerintahan dan tahun kematian Long Yunus agak kabur dan ditulis berbeza dalam banyak bacaan. Ada yang menulis 1798 (link1), ada yang tulis 1795 (link2) dan ada yang tulis 1794 (link3). 

Persaingan saudara merebut takhta berlaku antara Tengku Muhammad, menantu Long Yunus, dengan Long Muhammad, putera Long Yunus. Tengku Muhammad adalah anak Sultan Mansor iaitu Sultan Terengganu period 1733-1794.

Dalam persaingan tersebut Long Muhammad berjaya mengalahkan Tengku Muhammad Long Muhammad diisytihar secara asmi sebagai Sultan Kelantan dengan gelaran Sultan Muhammad 1 (r.1801-183). Sebelum itu menantu Long Yunus, Tengku Muhammad, memegang pemerintahan period 1798-1801.

Catatan bacaan "Perkembangan Islam di Negeri Kelantan Abad ke-19" oleh Farid Mat Zain buku Islam Di Tanah Melayu pg 207.

Baca "Keturunan Long Yunus" malay wiki - link.

Vista

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home