Peristiwa Period Bayezid II dan Ancaman Safavid Syiah Iran
Ketika sibuk menghadapi penentangan Cem, Raja Bogdan (kini Moldavia) pula mengambil kesempatan menyerang Wallachia yang telah pun menjadi wilayah Ottoman. Bayezid II bertindak dan berjaya menawan kubu Kili dan Akkerman (kini di Ukraine) pada 1489.
Pada period yang sama juga Andalusia mula jatuh ke tangan musuh Kristian Sepanyol. Ramai penduduk Muslim Andalusia terpaksa lari keluar menyelamat diri dari serangan Kristian. Bayezid II cakna dengan apa yang berlaku di Andalusia dan mengarah komander laut Kemal Reis untuk membantu. Misi Kemal Reis membantu Andalusia bermula pada 1487 berterusan hingga jatuhnya Granada pada 1492. Pada 1501 Hayruddin Pasya pula turut membantu misi Ottoman di Andalusia serta Afrika Utara khususnya Algeria.
Pada 1502 Ottoman Bayezid II mara pula dan membawa Islam memasuki Mora. Sebelum itu Mora adalah bawah kuasa Venetian.
Kerajaan Safavid Iran pada 1502 mula diperintah oleh Shah Ismail. Shah Ismail mengambil langkah menukar pegangan Iran dari Sunni kepada Syiah. Para Imam mereka yang membantah diambil tindakan keras sehingga ramai yang dibunuh. Salah satu tujuan Safavid menukar kepada Syiah adalah untuk membeza mereka dari Ottoman. Shah Ismail juga bertindak menghapus sejarah bahawa pengasas Safavid, Sheikh Safi al-Din Ishaq, berpegang kepada Sunni. Antara cara yang digunakan adalah mengaitkan genealogi Saffi al-Din kononnya dari keturunan Imam Syiah Musa al-Kazim.
Shah Ismail juga berusaha menyebar fahaman Syiah ke wilayah Anatolia Ottoman. Shah Ismail juga berusaha mencari pengaruh di Anatolia melalui agen yang beliau lantik. Shah Ismail mula mencapai kejayaan di Anatolia. Bayezid yang ketika ini telah berusia mulanya mahu menyerah pemerintahan Ottoman kepada anak beliau Selim. Namun ramai para pembesar meminta Bayezid II bertahan dan juga membantu Ottoman menentang Shah Ismail.
Kubu Akkerman, Ukraine
source - wiki ; akkerman (link2)
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home