Sunday, July 10, 2016

Riwayat at-Tabari (b.839)


Imam At-Tabari atau Abu Jaafar Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir at-Tabari lahir pada musim sejuk 839M di kota Amul dalam wilayah Tabaristan. Tahun kelahiran beliau pada period pemerintahan Abbasid al-Mu'tasim (r.833-842). Sejak kecil lagi at-Tabari sudah menunjukkan keupayaan menguasai ilmu. Beliau hafaz Qur'an pada usia 7 tahun, menjadi imam solat ketika usia 8 tahun dan mula mengumpul hadis pada usia 9 tahun.

Beliau bercita untuk belajar dengan Imam Ahmad bin Hanbal namun tidak kesampaian. Imam Ahmad wafat tidak lama sebelum at-Tabari sempat sampai ke tempat beliau. Makanya at-Tabari pulang semula ke Baghdad dan bertugas menjadi pengajar kepada Ubaidullah bin Yahya iaitu anak kepada vizier Abbasid al-Mutawakkil (r.847-861).



Sebuah bazar menjual barangan pakaian
(peniaga berasal dari Burma)

- - - - -

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home