Tuesday, August 22, 2017

Sultan Murad IV Ottoman (1623-1640)

 

Buku Maksudoglu mencatat mengenai Murad IV hanya sekadar dalam tiga m/surat sahaja. Murad IV adalah anak kepada Sultan Ahmed I (r. 1603-1617) dan adik kepada Sultan Osman II (r.1618-1622). Selepas Osman II meninggal dunia naik mengganti beliau ialah Mustafa. Namun Mustafa hanya menjadi sultan pada tempoh amat singkat kerana keadaan kesihatan yang buruk. Murad IV naik takhta mengganti Mustafa mulai pada September 1623.

Pada period Murad IV berlaku pergolakan di Baghdad yang ditadbir oleh gabenor Yusuf Pasha. Yusuf telah dibunuh oleh Bekir Subashi. Subashi mengambil alih Baghdad dengan membelakang arahan Ottoman. Murad IV bertindak dengan menghantar Hafiz Pasha, pembesar Diyarbakir, untuk berunding dengan Subashi. Subashi pula meminta Shah Iran untuk membantu beliau. Hafiz Pasha pula memutuskan untuk membiar Subashi terus dengan kedudukannya untuk mengelak Shah Iran masuk campur urusan Ottoman.

Setelah menerima permohonan Subashi Shah Iran telah segera menghantar pasukan namun Subashi kali ini enggan menerima bantuan berkenaan. Shah Iran mengambil keputusan bertindak menguasai Baghdad. Beliau bertindak begitu setelah berpakat dengan anak Subashi bernama Mehmed. Namun kemudiannya Shah Iran bertindak membunuh Subashi dan juga Mehmed. Mereka juga bertindak kejam terhadap ramai Sunni Baghdad. 

Tindakan Shah Iran membuat Murad IV bertambah marah. Beliau datang sendiri mengetuai pasukan ke Baghdad pada 1635. Berikutnya pada 1638 Murad IV mara ke Baghdad mencari Shah Iran di tempat persembunyian beliau. Murad IV berjaya menguasai semula Baghdad setelah sebulan. Beliau sempat menziarahi pusara Imam Abu Hanifah dan Syeikh Qadir Jailani. Murad IV pulang semula ke Istanbul pada 1639.

Setelah pulang ke Istanbul Murad IV menmbina Revan Kiosk sebagai memperingati kejayaan beliau dalam perjuangan di Revan dan juga menawan Baghdad.

Pada 1640 Sultan Murad meninggal dunia ketika berusia 27 tahun. Kematian Murad IV kerana sakit   cirrhosis. Mengganti Murad IV ialah adik beliau Ibrahim bin Sultan Ahmed.

 

Revan Kiosk, Topkapi

Binaan yang dibangunkan oleh Murad IV


source: archnet

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home