Saturday, May 26, 2018

Ottoman Mustafa III (1757-1774) - Buku Maksudoglu

 


Mustafa III anak kepada Sultan Ahmed III (r.1703-1730) bersama ibu Mihrisah Kadin (d.1732 - wiki). Maksudoglu memuat sedikit catatan ringkas tentang peristiwa ketika period Mustafa III (1757-74).

War with Russia.

Perang Russia berakhir dengan kekalahan Ottoman pada 1770. Sejarah perang ini bermula bila mana Queen Catherine berkomplot membunuh suami beliau, Czar Peter III, pada 1761. Berikutnya Catherine naik takhta. Untuk menarik sokongan rakyat Catherine memula usaha untuk campur tangan ehwal Poland yang ketika itu di bawah Ottoman. Sebagai susulan Sultan Mustafa merancang bertindak memerangi Russia. Wujud pula perselisihan sesama pembesar Ottoman antara yang menyokong dan yang menentang perang Russia. Grand vizier Mehmed Pasha tidak bersetuju maka beliau akhirnya diganti oleh Hamza Pasha. Hamza juga kemudiannya diganti oleh Mehmed Emin Pasha. Vizier yang baru mengambil keputusan mara menyerang Russia walau pun pasukan Ottoman belum lagi cukup bersedia.

Annihilation of the Osmanli Fleet.

Perang dengan Russia juga menyaksikan tindakan mereka menghantar fleet ke Mediterranean. Pasukan fleet Russia dibantu juga oleh British, Belanda dan Venice. Pasukan fleet Ottoman yang diketuai Husameddin Pasha dihantar untuk berdepan pasukan musuh pada 1770. Pihak Ottoman hampir tewas namun dapat bangun semula melalui usaha Hassan Beg. Beliau akhir berjaya mengalahkan fleet musuh dan dianugerah gelaran gazi.

Russian Attack on Crimea.

Russia mula menyerang Crimea pada 1771. Mereka berjaya mengalahkan pembesar Crimea, Han Selim Giray, dan juga menahan dalam penjara pembesar Ottoman Ibrahim Pasha. Pada 1773 pasukan Russia mara pula ke wilayah Silistre. Kali ini Ottoman berjaya menyekat Russia dan ramai musuh yang terbunuh. Akhirnya Russia menerima untuk perjanjian damai.

Pada 1774 Sultan Mustafa meninggal dunia. Beliau diganti oleh adiknya Abdul Hamid I yang memerintah period 1774-1789.

Mustafa died of heart attack on Friday, 21 January 1774, at the Topkapı Palace, and was buried in his own mausoleum located at Laleli Mosque, Istanbul. He was succeeded by his brother Abdul Hamid I. His death left the empire struggling with economic and administrative problems.

Laleli Mosque

Commonly known as Tulip Mosque Laleli Mosque built by Sultan Mustafa in 1763. [baca fb - link].

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home