Wednesday, June 13, 2018

Ottoman ke27 Abdul Hamid I (1774-1789)

 


Entri asal geoab - link:

Sultan Abdul Hamid naik takhta sebagai Ottoman ke27 menggantikan Mustafa III selepas kematiannya pada 1774. Abdul Hamid I ialah anak kepada Sultan Ahmed III (Ottoman ke23). Beliau naik takhta ketika usia 49 tahun pada period Ottoman sedang berperang dengan Russia. Perang Ottoman-Russia berlanjutan dari 1735-1806. Baca entri tentang tesis perang Ottoman-Russia (entri).

Pada 1783 tentera Russia berjaya menakluki Krimea. Mereka membunuh puluhan ribu Muslim Krimea (ada yang menyebut angka kematian 30K). Pada1787 Raja Catherine II datang ke Krimea dengan seramai 60K tentera dengan melaung slogan “Road to Byzantine” sebagai membayang impian mereka untuk menawan semula Istanbul. Sultan Abdul Hamid I berasa amat sedih dengan perkembangan tersebut tambahan pula ramainya Muslim yang mati di Krimea. Oleh kerana terlampau sedih hingga membawa kematian Sultan Abdul Hamid I pada 1789.

Sultan Abdul Hamid I diganti oleh Selim III sebagai Ottoman ke28 yang memerintah pada 1789-1807.

 


Berlebeyi Mosque (source: link1 ; link2)

Masjid dibina 1777-78 period Abdul Hamid I.

 - - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home