Saturday, October 05, 2019

Kesultanan Brunai - Sultan Abdul Majid Hasan (d.1408)


Kesultanan awal Brunai mencatatkan senarai lima Sultan pertama sebagai berikut:

Sultan Pertama - Sultan Muhammad Shah (r.1363-1402) [Awang Alak Betatar]
Sultan Kedua - Sultan Ahmad (r.1408-1425) [Patih Berbai/Pengiran Bendahara]
Sultan Ketiga - Sultan  Sharif Ali (r.1425-1432) [Sultan Berkat]
Sultan Keempat - Sultan Sulaiman (r.1432-1485) [Di gelar Raja Tua kerana memerintah lama; mangkat pada 1511]
Sultan Kelima - Sultan Bolkiah (r.1485-1524) [Zaman keemasan Empayar Brunai meliputi Borneo dan Filipina]

Dari senarai tersebut dapat dilihat sultan pertama (Sultan Muhammad Shah) mangkat pada 1402 manakala sultan kedua (Sultan Ahmad) naik takhta pada 1408. Persoalannya apa berlaku pada tahun antara 1402-1408. Siapakah yang memerintah pada period tersebut?

Sejarah mencatatkan bahawa Sultan Muhammad Shah sepatutnya diganti oleh anak lelaki beliau yang bernama Majid Hassan. Sultan Majid Hassan telah berangkat melawat China dan mangkat di China pada Okt 1408. Beliau berangkat melawat China untuk berkunjung dan bertemu Maharaja China. Usia kemangkatan Baginda adalah ketika 28 tahun. Turut sama dalam rombongan ke China adalah 150 orang termasuk isteri Baginda, anak-anak dan ramai lagi. Laksamana Cheng Ho juga disebut turut mengiringi pelayaran Baginda.

Menurut catatan Sultan Majid Hassan sepatutnya naik takhta menggantikan Sultan Muhammad Shah. Namun dalam senarai kesultanan Brunai tidak pula mencatat nama Baginda. Sultan Majid Hassan pula mempunyai seorang putera bernama Hsia-wang.



Foto makam Sultan Majid Hassan di Nanjing, China
- - - - -

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home