Tuesday, June 15, 2021

Pemerintah Agung Fatimid - Al-Muizz Lidinillah (r.953-975)


Kerajaan Fatimid menguasai pemerintahan Mesir pada period 969 hingga 1171. Sebelum menguasai Mesir Fatimid sudah pun bermula di Afrika Utara sejak 909. Baca entri fatimid - link. Abu Tamin Ma'ad Al-Muizz Lidinillah diiktiraf sebabagai seorng pemimpin agung Dinasti Fatimid. Beliau menjadi pemimpin Fatimid yang keempat pada period 953-975. Ketika memimpin Fatimid Al-Muizz terlibat dalam serangan ke atas puak Barbar di Morocco dan Umayyad Spanyol. Pada period tersebut Fatimid juga menyerang Itali melalui laut Mediterranean Barat. Al-Muizz juga berjaya menawan Sicily dari kerajaan Byzantine.

Pada 969 Fatimid berjaya menawan dan menguasai Mesir melalui pasukan tentera pimpinan Jauhari As-Siqili. Selepas kejayaan tersebut Al-Muizz memindahkan piusat Fatimid dari Al-Mansuriya berdekatan Qairawan Tunisia ke Cairo. Ketika mula berada di Cairo Al-Muizz berjaya pula mematahkan beberapa serangan oleh puak Qarmati. 

Sumbangan utama Al-Muizz adalah menyusun semula kewangan Mesir. Al-Muizz juga dikenang sebagai tokoh yang memperkenal pemakaian pen yang tidak mengotor tangan dan baju. Al-Muizz juga membawa Fatimid kepada kegemilangan dalam bidang penulisan karya. Ramai muncul ahli syair pada period tersebut. Antaranya adalah Ibnu Hadi Al-Andalus dan Ali At-Tunsi. 

Al-Muizz juga dikatakan sebagai pemerintah yang menunjuk sikap toleransi pada agama lain. Ini membuatkan Al-Muizz terkenal dalam kalangan pegawai Yahudi dan Kristian.

Al-Muizz Al-Deen Allah Street, Cairo

Baca "Al-Muizz Al-Deen Allah Street". memphistours - link.

Petikan - Running the length of Islamic Cairo’s central core, from Bab Al-Futuh in the north to Bab Zuweila in the south, it is one of the most important places in Egypt’s Islamic history. In addition the impressive monuments scattered along its length, it also hosts a bustling neighborhood, home to thousands of craftsmen making wares to be sold in Khan Al-Khalili, which marks the streets midpoint. A walk down this street, ending with a stroll through the maze of shops in Khan Al-Khalili, is an essential part of any visit to Cairo.

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home