Tokoh Sejarah Islam al-Waqidi Period Abbasid
Sebelum zaman At-Tabari ada seorang lagi historiografi Islam yang terkenal iaitu al-Waqidi (747-823). Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin 'Umar al-Waqidi. Beliau diakui sebagai seorang yang diiktiraf dalam banyak bidang. Autoriti beliau sangat tinggi dalam hal mengenai maghazi, sirah, penaklukan awal Islam (conquest), fiqah dan sejarah.
al-Waqidi juga menyampaikan (transmitted) keterangan yang pernah ditulis oleh ulama terdahulu seperti al-Awza'i, Malik bin Anas, al-Thawri, dan Abu
Ma'ahar. Selanjutnya, tulisan al-Waqidi kemudian dikutip oleh as-Syafie dan Ibn Sa'd (yang digelar khatib kepada al-Waqidi).
Sunggoh pun al-Waqidi diangkat sebagai sangat dipercayai dalam sejarah dan feqah beliau sebaliknya dikategori tidak boleh diterima dari segi hadis. Namun begitu, at-Tabari sering memetik dari al-Waqidi mengenai perkara kehidupan Rasulullah, penaklukan dan sejarah lain ketika period dua abad pertama Islam. At-Tabari memetik kebanyakannya dari karya al-Waqidi, Kitab al-Tarikh al-Kabir. Satu-satunya karya al-Waqidi yang masih terpelihara adalah Kitab al-Maghazi.
al-Waqidi mendapat kepercayaan dari Abbasid Harun al-Rashid dan juga al-Ma'mun. Beliau telah dilantik sebagai Qadi di satu bahagian wilayah. al-Waqidi juga menjadi teman rapat kepada Yahya al-Barmaki iaitu vizier kepada Harun al-Rashid.
Source - m/surat 35 tesis Dona Sue Straley. "Perspective and method in early Islamic historiography: a study of al-Tabari's Ta'rikh al-Rusul wa'l-Muluk". edin 1977 - link.
Baca juga - wiki.
Rombongan jemaah Haji baru tiba
- - - - -
Labels: Abbasid, Sejarah Islam
0 Comments:
Post a Comment
<< Home