Saturday, September 09, 2017

Ottoman ke18 Sultan Ibrahim (1640-48)

 

Entri asal geoab - link:

Ottoman ke18 menggantikan Murad IV ialah Sultan Ibrahim. Beliau adalah anak Sultan Ahmed I dan juga adik kepada Murad IV (Ottoman ke17). Sultan Ibrahim naik takhta ketika berusia 24 tahun. Beliau mewarisi tahkhta kerana Sultan Murad IV tidak mempunyai anak lelaki. Sebelum menjadi sultan Ibrahim hidup dalam depresi yang memanjang. Beliau kehilangan ayahnya, Sultan Ahmed I, ketika berusia dua tahun. Beliau juga menyaksikan sendiri trauma yang dialami Sultan Mustafa I yang hidup stress dan kemudian dibunuh oleh kumpulan Janissari. Sultan Ibrahim juga mengalami trauma akibat terbunuhnya abang-abang beliau Bayezid, Suleyman dan Kazim kerana amalan fracticide. Sehingga beliau sendiri ternanti-nanti nasib buruk yang bakal menimpanya.

Period pemerintahan Sultan Ibrahim selama lapan tahun boleh dibahagi dua period – empat tahun pertama sebagai gemilang manakala empat tahun kedua zaman yang kecundang. Kejayaan pada empat tahun pertama dicapai dengan sumbangan oleh wazir Mustafa Pasya yang berkhidmat cemerlang. Manakala period empat tahun kedua situasi mula kacau apabila Mustafa Pasya telah dihukum bunuh kerana hasutan ibu Ibrahim (Kosem Sultan atau Valide Sultan).

Pentadbiran negara bertambah parah apabila Ahmed Pasya memegang jawatan sebagai wazir besar pada 1647. Penentangan terhadap Ahmed Pasya bertambah runcing sehingga tercetus pemberontakan oleh Ali Pasya yang memegang jawatan gabenor Sivas. Pembrontakan tersebut berakhir dengan pemecatan Sultan Ibrahim dari jawatan beliau. Pemberontak melantik anak Sultan Ibrahim bernama Mehmed IV sebagai pengganti. Ketika dilantik Mehmed IV baru berusia tujuh tahun. Selepas dipecat Sultan Ibrahim mulanya dikurung namun akhirnya dibunuh pada 1648. Sultan Ibrahim dimakamkan di Masjid Ayasofia.

 

Kocatepe Mosque Istanbul (jadaliyya dot com – link)

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home