Friday, July 06, 2018

Suasana Di Ambang Perang Salib 1096


Catatan setelah membaca buku Auni page 215.

Perang Salib berlaku dalam beberapa peringkat. Peringkat I adalah pada sekitar 1096 berlanjutan selama beberapa tahun. Tentera Salib mensasarkan untuk menawan Constantinople. Hal ini adalah untuk mengekang kemaraan tentera Seljuq yang semakin berjaya menguasai rantau berkenaan bermula 1030. Kemuncaknya ialah kejayaa Seljuq mengalahkan tentera Rom Byzantine dalam Perang Manzikert pada 1071.

Dalam rentetan Perang Salib I tentera Kristian telah berjaya menawan beberapa kota seperti Nicea dan Iconium sekitar Asia Minor (pada 1097), Antioch (1098) dan juga Al-Quds (1099).

Ketika period Perang Salib I tiga kerajaan Islam yang kuat adalah Abbasid Baghdad, Dinasti Seljuk dan Fatimiyah Mesir. Pemerintahan Abbasid pada period ini di bawah khalifah al-Mustazir. Namun begitu kuasa sebenar dipegang oleh pembesar tentera dari puak Turks, Buwayhid dan juga Seljuq setempat. Pimpinan Islam di Syria mohon supaya Abbasid dapat membantu berdepan dengan tentera Salib namun Abbasid tidak melayan permintaan mereka.Dinasti Seljuq pula pada period ini mengalami kekecohan ekoran kematian Sultan Malik Syah pada 1092.

Manakala Fatimiyah Mesir pula bergolak selepas kematian khalifah al-Mustansir Billah pada 1094. Dalam masa yang sama Fatimiyah yang sedang berdepan ancaman Seljuq berharap tentera Salib dapat membantu mereka.

Begitulah suasana sesama kalangan tentera Islam ketika di ambang Perang Salib I.



 
Teleskop Balai Cerap Teluk Kemang
- - - - -

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home