Ottoman Abdul Hamid I (r.1774-1789) - Catatan Moksudoglu
Sultan Abdul Hamid I (1774-1789) adalah anak kepada Sultan Ahmed III (r.1703-1730) bersama ibu Sermi Kadin. Abdul Hamid menjalani tahanan dalam istana untuk tempoh yang lama berakhir 1767.
Abdul Hamid I naik takhta Ottoman pada 1774. Pada ketika itu perang dengan Russia masih berterusan. Pada akhir perang tentera Russia sudah pun tiba si Shumna. Akhir peperangan tersebut Ottoman menerima diada Kuchuk Treaty. Perjanjian tersebut memberi kemerdekaan kepada Crimea, warga Russia dibenar masuk ke Jerusalem, mereka juga diboleh membina gereja di Beyoglu, Istanbul dan kapal-kapal Russia diberi izin masuk ke Black Sea dan Mediterranean. mm
Pada April 1785 grand vizier Halil Hamid Pasha telah dibunuh kerana tindakan keras beliau cuba membetulkan urusan pasukan tentera yang banyak kepincangan dan semakin kucar kacir.
Keadaan di Crimea juga menjejas pentadbiran Ottoman. Pihak Russia telah melantik Shahin Giray sebagai pemerintah Crimea. Ottoman lebih mahukan Selim Giray, saudara kepada Shahin, menjadi pembesar Crimea. Warga Crimea sendiri tidak suka Shahin kerana beliau gemar minum wine di khalayak ramai. Pada 1782 rusuhan berlaku dan Shahin diganti oleh Bahadur Giray. Pada peringkat antarabangsa Russia mendapat sokongan France dan Austria. British pula sibuk dengan perjuangan revolusi Amerika maka tidak mengacau konflik Russia dan Ottoman.
!787: Perang dengan Austria dan Russia. Abdul Hamid I tidak berkeinginan mahu berperang kerana kesusahan yang ditanggung oleh rakyat yang berada dikawasan negara-negara sempadan. Namun tuntutan berlebihan duta Russia di Istanbul, sikap arrogan Ratu Catherine yang ditunjukkan di Crimea memaksa pasukan Ottoman berangkat ke medan perang.
Pasukan Ottoman yang diketuai grand vizier Yusuf Pasha (d.1800) berjaya menawan Inlik dan mengalahkan Austria.
Serangan ke atas Ozi Castle. Pada 1788 pasukan Russia mara ke Odessa dan menyerang Ozi Castle. Ottoman bertindak balas dengan menghantar pasukan pimpinan Hasan Pasha. Ottoman mengalami kesukaran untuk sampai ke Odessa kerana air yang cetek. Masalah ribut besar memaksa mereka terpaksa berpatah balik ke Instanbul. Dalam pertempuran yang berlaku selama tiga hari seramai dua puluh ribu tentera Ottoman syahid.
Abdul Hamid I sangat terkesan dengan kematian ramai anggota pasukan Ottoman. Beliau terlalu hiba dan kecewa hingga membawa kepada kematian Abdul Hamid I pada April 1789. Pengganti Abdul Hamid I adalah Selim III yang memerintah period 1789-1807.
Mausoleum of Abdul Hamid I (wiki)
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home