Imadudin Seljuq Berdepan Salib 1144 dan Asadudin Seljuq Berdepan Fatimid 1169
Kerajaan Seljuq berdepan duka apabila mengalami peristiwa sedih berlakunya kematian dua pemimpin besar mereka pada 1092. Dua pemimpin tersebut adalah Sultan Malik Syah dan Nizam al-Mulk. Ketika ambang Perang Salib I iaitu pada 1098 pemimpin Seljuq yang berperanan besar berjuang adalah Imadudin Zanji dan Asadudin Zanji. Imadudin berperanan besar menentang tentera Salib dan berjaya menawan semula kota Edesa pada 1144.
Pada era awal Perang Salib Fatimiyah Mesir telah berjaya menguasai Jerusalem pada Feb 1098. Pada Mei 1098 tentera Salib telah berjaya menguasai Antioch. Berikutnya pada Jun 1099 mereka mara menuju Jerusalem. Tentera Salib berjaya menewaskan Fatimid dan menduduki Jerusalem pada Julai 1099. Berikutnya, tentera Salib bertambah kuat apabila mereka dibantu oleh kapal yang tiba dari Genoa dan Venice.
Selepas satu dekad barulah pasukan Seljuq pimpinan Imadudin mula datang melawan tentera Salib bermula dengan penguasaan di Aleppo. Sumbangan besar Imadudin bersama pasukan Seljuk adalah menentang tentera Salib dan berjaya menawan semula kota Edesa pada 1144. Malangnya Imadudin telah mati dibunuh dua tahun kemudian iaitu pada 1146. Selepas kematian beliau pimpinan Seljuq diketuai oleh Nurudin Zanji.
Jasa besar Asadudin pula adalah kejayaannya menewaskan Fatimiyah Mesir pada tahun 1169. Kejayaan Asadudin itu amat bermakna kerana Fatimiah pada ketika itu telah dibantu sama oleh tentera Salib. Kejayaan Asadudin ini dicapai dengan gandingan bersama Salahudin Ayubbi. Asadudin meninggal dunia tidak lama selepas kejayaan beliau. Berikutnya, tugas Asadudin disambung pula oleh Salahudin Ayubi.
Sebuah premis di Jonker Walk
- - - - -
Labels: islamic history
0 Comments:
Post a Comment
<< Home