Friday, July 27, 2018

Perang Salib I (1095-1099)

 

Puak Kristian Barat menggerak usaha untuk bangun semula dari kekalahan mereka di tangan Islam dan Seljuk. Mereka tewas dalam Perang Manzikert 1071. Mereka juga mahu menawan semula Jerusalem yang telah jatuh ke tangan Islam. Jerusalem dikuasai orang Islam sejak zaman Umar Al-Khatab yang membukanya pada 673M. 

Pemerintah Byzantine mula mengatur usaha perang Salib dengan meminta bantuan pihak gereja Roman Katolik pada 1074. Usaha bermula dengan Raja Michael VII Doukas Byzantine (r.1071-78 wiki) memohon bantuan kepada Pope Gregory VI. Berikutnya pada 1095 Raja Alexios I Komnenus (r.1081-1118 - wiki) pula memohon bantuan Pope Urban II. Pasukan Salib I akhirnya terbentuk dengan disertai juga oleh puak Frank, iaitu warga tanah air asal Pope Urban II.

Secara rasminya Salib I bermula pada Ogos 1096 bergerak dari sempada Perancis-Itali. Tentera Salib mulanya berjaya mengalahkan Seljuk Turki dalam pertempuran di Edessa, Nicea dan Antioch. Pasukan Salib akhirnya tiba di Jerusalem pada Jun 1099. Salib berjaya menguasai Jersalem pada Julai 1099. Mereka bertindak membunuh ramai penduduk Islam dan Yahudi dan turut meemusnah Masjidil Aqsa.

Ketika berlaku Sabil I pasukan Islam mengalami masalah dalaman dan perpecahan sesama sendiri. Namun lama kemudian Islam kembali bersatu di bawah pimpinan Imad Al-Din Zangi. Pada 1144 tentera Islam berjaya menguasai semula kota Edessa.

Nota: Sedikit catatan tentang Salib I bacaan buku Dajjal page 90.

Masjid Al-Aqsa, Jerusalem

(source: art docent - link)

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home