Selim I Berdepan Mamluk Mesir 1516
Selepas Selim berjaya di medan Chaldiran beliau merancang pula untuk mara terus ke wilayah Iran. Dalam masa sama Shah Ismail pula berpakat bersama Mamluk untuk menyekat kemaraan Selim masuk ke wilayah Safavid. Pada Sep 1516, Selim I menyediakan pasukan seramai empat puluh ribu tentera diketuai Sinan Pasha untuk mara ke Iran. Mamluk Mesir pula menyediakan pasukan seramai lima puluh ribu tentera ke Syria. Pasukan tersebut diketuai sendiri oleh Sultan Mamluk, Kansu al-Ghawri. Mereka ke Syria sebagai benteng menahan kemaraan Selim I dari memasuki Iran.
Tindakan yang di ambil oleh Kansu al-Ghawri dari satu sudut adalah amat janggal kerana sebagai Sunni beliau tidak sepatutnya bersama dengan Shah Ismail pemimpin Syiah Safavid. Selim menghantar wakil bertemu Sultan Mamluk di Aleppo berbincang mengenai tindakan Ottoman mara ke Iran. Malangnya, wakil Selim I yang datang telah ditahan oleh Sultan Mamluk Aleppo. Wakil Selim I tersebut akhirnya dibebaskan setelah tentera Selim I yang mara tiba di Aleppo. Sultan Mamluk Kansu al-Ghawri segera memohon maaf tetapi Selim I sudah tidak lagi percaya kepada Kansu. Maka berikutnya pada Ogos 1516 tentera Selim I berdepan dengan Mamluk. Pasukan Selim I menang dan Sultan Kansu juga berjaya dibunuh. Maka, Syria dan Palestin jatuh kepada Ottoman dari tangan Mamluk.
Masjid Fatih asalnya dibina pada 1471 tetapi telah musnah kerana gempa bumi kali pertama pada 1509 dan kemudian berulang pada 1766. Masjid dibina semula pada 1771 (source: hurriyetdailynews - link).
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home