Tuesday, August 02, 2016

Sultan Perak 1 - Sultan Muzaffar Syah (r.1528-1549)

 

Sultan Perak Pertama adalah Sultan Muzaffar (b.1505). Beliau adalah anak kepada Sultan Mahmud Syah, sultan terakhir Melaka sebelum tewas kepada Portugis pada 1511. Ibu Sultan Muzaffar bernama Puteri Onang Kening seorang puteri pemerintah Kelantan. Selepas tewas Sultan Mahmud lari ke Muar Johor, kemudian ke Pahang dan seterusnya ke Pulau Bentan, Apabila Bentan di tawan Portugis Sultan Mahmud lari ke Kampar, Sumatera.

Sultan Muzaffar diangkat menjadi Sultan Perak pada 1528. Sebaik ditabal beliau melantik Tun Mahmud sebagai Bendahara iaitu jawatan pembesar utama selepas Sultan. Kemudian selepas Tun Mahmud dipanggil balik oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II jawatan Bendahara diberi kepada Megat Terawis. 

Semasa Sultan Muzaffar terdapat seorang pembesar yang berkuasa di Hulu Perak iaitu Tun Saban. Sultan Muzaffar mahukan anak perempuan Tun Saban untuk dijadi gundek. Namun Tun Saban tidak bersetuju. Maka Sultan Muzaffar bermusuh dengan Tun Saban. Sultan Muzaffar mencari seorang yang berani berdepan dengan Tun Saban. Sultan juga menjanjikan jawatan Bendahara kepada sesiapa yang berjaya menewaskan Tun Saban.

Seorang pembesar dari tanah seberang berani tampil menyehut cabaran Sultan Muzaffar. Beliau adalah Megat Terawis. Apabila Megat Terawis  maka beliau telah dilantik sebagai Bendahara. 

Sultan Muzaffar Syah mangkat pada 1549 dan di makam di Tanah Abang (kini Air Mati, Mukim Lambor Kanan). Sultan Muzaffar Syah diganti oleh anak beliau Sultan Mansur Syah 1 (r.1549-1577).

Catatan dari bacaan Sejarah Perak - Buyong Adil 1972. 

 

Water Shop - Spritzer Taiping

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home