Saturday, April 30, 2016

Selim I Menguasai Mamluk Mesir Melawan Tomanbay 1517

 

Kejayaan Selim I menguasai Mamluk yang pada period tersebut pasukan laut negara Eropah sedang menguasai dunia pelayaran. Pelaut Eropah terutama Portugis sudah pun menguasai kawasan Laut India, Laut Merah dan juga Jeddah. Mereka menguasai kesemua kawasan tersebut setelah mengalahkan angkatan laut Mamluk dalam Perang Diu berdekatan pantai Laut India. Kini menjadi tugas Ottoman pula berdepan dengan armada Portugis mempertahan wilayah Mamluk yang baru dikuasai Selim I. 

Pada period ini juga Mamluk Mesir dipimpin oleh Sultan Tomanbay menggantikan Kansu al-Ghawri yang terbunuh ketika berdepan tentera Ottoman. Selim I menghubungi Tomanbay dan membuat tawaran beliau terus berkuasa di Mesir dengan beberapa syarat. Selim I meminta Tomanbay mengiktiraf wilayah Ottoman dan menyebut nama Sultan Ottoman dalam khutbah Jumaat dan mengguna wang syiling Ottoman. Malangnya, Tomanbay berkeras menolak semua syarat tersebut.

Akhirnya pada 1517 Selim I menghantar pasukan berdepan Mamluk pimpinan Tomanbay di Raydaniyyah berdekatan Cairo. Pasukan Mamluk dapat dikalahkan namun Tomanbay sempat melarikan diri. Manakala ketua tentera Ottoman, Sinan Pasya, gugur syahid bersama beberapa pembesar Ottoman (Ottoman Beg) lain.

Beberapa hari kemudian Tomanbay sekali lagi datang menyerang Cairo. Pertempuran kali ini berterusan selama tiga hari. Pasukan Ottoman sekali lagi berjaya manakala Tomanbay dapat juga lari menyelamat diri. Namun kemudiannya beliau dapat ditangkap dan dibunuh.

Dengan kejayaan Selim I menguasai Mesir bermakna Ottoman juga menguasai sama Mekah, Madinah dan Hijaz. Dan kini menjadi tanggung jawab Selim I dan Ottoman mempertahan kawasan pelayaran sekitar Laut Merah, Arab dan Yemen.


Masjid Nusretiye, Istanbul

Dibina sekitar 1823-1826 period Sultan Mahmud II (archnet - link)

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home