Thursday, August 04, 2016

Sultan Muzaffar Syah - Kedatangan Beliau Ke Perak

 

Berikut adalah catatan mengenai penubuhan kesultanan Perak oleh Sultan Muzaffar yang dipetik dari sebuah artikel "Hubungan kerajaan Melaka dengan Kampar Sumatera Dengan Kewujudan Kerajaan Perak". Artikel oleh Dr Suprayitno, Universiti Sumatera Utara. Sejarawan seperti Buyong Adil menyebut bahawa Sultan Muzaffar datang ke Perak seteleh dijemput oleh pembesar Perak termasuklah Tun Saban. Ada juga sejarawan (termasuk Suprayitno) menyata bahawa Sultan Muzaffar bukanlah diundang datang ke Perak sebaliknya beliau dihalau keluar dari Kampar. Hal ini berlaku kerana perebutan kuasa apabila Sultan Mahmud melantik adik tiri Muzaffar yang bernama Raja Ali sebagai pengganti Sultan. Raja Ali adalah anak kepada Sultan Mahmud dan Tun Fatimah. Ibu Raja Ali lah yang bersunggoh mahukan Raja Ali menjadi pengganti Sultan Mahmud. Beliau dilantik menjadi pengganti Sultan ketika usia bayi sedangkan Raja Muzaffar ketika itu sudah pun berusia dewasa.

Satu lagi versi yang berbeza adalah penentangan Tun Saban terhadap Sultan Muzaffar yang dikata berpunca dari kemahuan Sultan Muzaffar mengambil Tun Merah, puteri Tun Saban sebagai gundek. Menurut sesetengah sejarawan punca sebenar Tun Saban menentang Sultan Muzaffar adalah atas alasan politik tidak mahu tunduk kepada Sultan Perak.

Artikel boleh dibaca di link berikut (uitm - link).

Taman Rekreasi Spritzer

- - - - - 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home