Sunday, August 07, 2016

Sultan Perak 2 - Sultan Mansur Syah 1 (r.1549-1577)

 

Raja Mansur iaitu putera kepada Sultan Muzaffar Syah menjadi sultan Perak ke-2. Beliau mengganti ayahnya yang mangkat pada 1549. Beliau mengguna gelaran Sultan Mansur Syah 1. Isteri beliau bernama Tun Terang yang merupakan anak kepada Tun Fatimah ketika bersuami dengan Tun Ali.

Ketika period pemerintahan Sultan Mansur Syah 1 pasukan tentera Aceh telah datang menyerang Perak. Serangan tersebut berlaku pada tahun 1573 di mana Perak dapat dikalahkan dan menjadi takluk Aceh. Namun apa yang berlaku berikutnya ialah anak Sultan Mansur Syah yang di bawa ke Aceh (selepas Perak kalah) telah dilantik pula sebagai Raja Aceh. Beliau memerintah Aceh pada 1577-1585.

Satu lagi peritiwa yang berlaku ketika pemerintahan Sultan Mansur Syah ialah tentera Siam datang menyerang Perak. Sultan mengarah menantu beliau bernama Raja Ali mempertahan serangan tersebut. Namun akhirnya Raja Ali tewas dan meninggal dunia di Sitiawan.

Sultan Mansur Syah 1 menurut ceritanya ghaib pada tahun 1577. Peristiwa itu berlaku ketika beliau datang ke masjid untuk solat Jumaat. Bagi mengingati peristiwa tersebut sebuah batu nisan telah ditanda dalam masjid di mana beliau diceritakan ghaib. Kini tanda nisan boleh ditemui di Masjid Kampung Kota Lama, Kuala Kangsar.

Baca juga wiki - link.

Dormitori penginapan N9

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home