Sunday, August 30, 2015

Ottoman, Uthmaniyah dan Osmali

Petikan asal - geoab wp '21.

Ottoman, Uthmaniyah dan Osmanli adalah nama kepada kerajaan besar Islam silam yang berpusat di Turki. Nama Ottoman dihuna dalam penerbitan bahasa Inggeris. Manakala Uthmaniyah dalam penerbitan Bahasa Melayu. Apa pula Osmanli? Osmanli adalah nama yang disebut oleh sumber yang berasal dari Turki sendiri. Para pengkaji asal Turki lebih mengagungkan Osmanli dalam penulisan mereka tentang Ottoman.

Salah seorang professor Turki yang banyak menulis tentang sejarah Osmanli ialah Mehmet Masudoglu (b.1939). Beliau kelahiran Eksisehir dan merupakan lulusan phd dari Ankara University pada 1966. Mehmet Maksudoglu pernah berkhidmat di Uiam sekitar perios 1991-1995. Semasa di Uiam Maksudoglu telah menghasilkan sebuah buku " Osmanli History 1289-1922 based on Osmanli Sources". Selepas bertugas di Uiam Mehmet kembali ke negara asalnya dan menyambung tugas berkhidmat di Universiti Osmangazi, Eskisehir. Kota Eskisehir terletak sekitar 330km dari Istanbul.


Mehmet Maksudoglu (b.1939)

Ada juga beberapa pengkaji dan penulis Barat yang telah mengguna pakai panggilan Osmanli dalam buku mereka. Antaranya adalah Z. Duckett Ferriman (1851-1935) dalam buku beliau "Turkey and Turks" terbitan 1911. Nama lengkap beliau ialah Frederick Zaccheus Duckett-Feriman (link). Begitu juga oleh Herbert Adams Gibbons dalam buku beliau "The Foundation of the Ottoman Empire: a histroy of the Osmanli up to death of Bayezid I, 1300-1403". Buku terbitan tahun 1968. Pada asalnya buku ini telah terbit lebih awal iaitu pada 1916 (link).



Buku Osmanli History oleh Mehmet Maksudoglu

Baca "Founding Dean, Faculty of Theology - Mehmet Maksudoglu". Source 2013 - link.

Buku asal "The Foundation of the Ottoman Empire" terbitan 1916. Source: tufts delft - link.

- - - - -