Saturday, February 27, 2016

Edirne - Kota Masjid Tua

 

Bandar Edirne sebuah kota yang memiliki banyak masjid tua . Selain Masjid Gazi Mihal ada beberapa lagi masjid lain seperti;

Sahmelek Mosque - dibina pada 1429 (link)

Muradiye Mosque - bina pada 1426-1436 (link

Mezit Bey (Yesilce) Mosque - bina pada 1440-1441 (link)

Sultan Bayezid II Mosque Complex - bina pada 1484 (link)

Atik Ali Pasha - dibina pada 1506 (link).

Kadi Bedrettin Mosque - bina pada 1530 (link). 

Sahmelek Mosque, Edirne (bina pada 1429)

- - - - -


Tuesday, February 16, 2016

Expansion Activities During Mehmed 1456-1481

 

Selepas percubaan siege of belgrad (entri) mehmed meneruskan beberpa lagi usaha untuk melebar penguasaan Ottoman. Objektif utama Ottoman Mehmed dalam usaha melebar penguasaan wilayah adalah untuk membuka wilayah yang dimasuki kepada Islam. Antara ekspansi yang beliau lakukan adalah:

1459: Opening of Serbia to Islam to Serbia. Usaha ini diketuai oleh Vizier Azam Mahmud Pasya bermula pada 1457.

1460: Berjaya menguasai Amasra dalam wilayah Anatolia dari penguasaan Genoese. Pembesar setempat Isfendiyar, Ismail Beg, turut menyerahkan kota Sinop kepada Ottoman.

1461: Opening of the Pontus Empire to Islam. Peristiwa bermula apabila Uzun  Hasan mara masuk ke Amasya, wilayah Ottoman. Uzun Hasan pemimpin Parsi berbangsa Turki yang berkahwin degan anak perempuan Emperor Trabzon. Mehmed berindak ke atas Uzun dan beliau (Uzun) mengutus ibu Mehmed, Sare Hatun, untuk memohon maaf. Mehmed meneruskan kemaraan ke Trabzon dan menawan kota tersebut. Sekali gus bermakna Mehmed berjaya memasuki dan menguasai wilayah Pontus dari Byzantine pada 1461. Penguasa Pontus, David Comnenus, dibenar mendiami satu kawasan di Edirne. Namun Comnenus berlaku khianat dengan berpakat bersama Uzun Hasan. Comnenus akhirnya ditangkap dan dibunuh pada 1463. 

1463: Mehmed berjaya menguasai Bosnia dan Herzegovina. Anak raja Bosnia menerima Islam dengan nama Ahmed Pasha dan dilantik oleh Mehmed sebagai pemerintah.

1466: Mehmed berjaya membuka Mora kepada Islam. Sadrazam Mamud Pasya mengetuai misi ini.

1468: Mehmed menguasai wilayah Karaman dan anak Mehmed, Shehzade Mustafa menjadi penguasa Karaman. Karaman pada awalnya di perintah oleh Ibrahim Beg. Ibrahim kemudian diganti pula oleh anaknya Ishak. Pada 1464 Mehmed membenar Ahmed Beg mengganti tempat Ishak. Mehmed juga meminta Ahmed Beg membantu beliau menentang Uzun Hasan. Namun Ahmed Beg telah mungkir janji. Akibatnya pada 1468 Mehmed mara dan menguasai Karaman dari Ahmed Beg.

1473: Selepas lari dari Karaman Konya Pir Ahmed Beg cuba mendapat pertolongan Uzun Hasan (yang kini menjadi pembesar di Iran). Mehmed bertindak mara untuk berdepan dengan Uzun Hasan. Mereka bertempur dalam Battle of Otlukbeli pada 1473. Uzun dapat ditewaskan namun beliau sempat melarikan diri.

1475: Mehmed berjaya menawan Kefe dan Azak dan membawa Islam masuk pada 1475. Kefe dan Azak terletak di pantai sebelah utara Laut Hitam. Misi ini diketuai oleh Ahmad Pasya. Mehmed melantik Mengli Giray sebagai ketua wilayah yang dikenali juga sebagai Crimea.

1479: Mehmed terus mara ke wilayah Eropah dan berjaya menguasai Albania, dan juga Naples, Itali. Namun Naples kemudian jatuh kembali ke Eropah ketika Ottoman di bawah pemerintahan Bayezid II.

1481: Mehmed meninggal dunia ketika dalam misi meneruskan kemaraan di Gebze. Ada yang menulis Mehmed meninggal dunia di Maltepe - berdekatan Istanbul.

Masjid Al-Huda, Rome, Italy

Source: olivejourney - link

- - - - -

Thursday, February 11, 2016

Mehmed Siege of Belgrad 1456

 

setelah kejayaan membuka constantinople pada 1453 Mehmed meneruskan misi mara ke eropah. Pada 1456 Mehmed cuba pula untuk masuk ke Hungary. Cubaan masuk ke Hungary dicatat dalam sejarah sebagai "Siege of Belgrad". Namun usaha Mehmed yang berlaku pada Julai 4-22 berakhir dengan kegagalan. Ramai juga tentera Mehmed yang terkorban oleh bola api yang dileret oleh pasukan Hungary. Tektik meleret bola api tersebut dilakukan ketika pasukan Mehmet cuba menyerang dengan memanjat menghala benteng kubu Belgrade. Pemimpin tentera Hungary ketika serangan tersebut ialah Janos Hunyadi. Pemimpin tentera Janissari iaitu Hasan Agha turut syahid. Akhirnya Mehmed mengarah berundur balik. Kemenangan Hunyadi disambut gembira oleh seluroh Eropah. Tak lama kemudian pada Ogos 1456 Hunyadi meninggal dunia kerana serangan wabak plague. 

Serangan Ottoman berikutnya ke wilayah Eropah berlaku tujuh puloh tahun kemudian iaitu pada 1526 - Battle of Mohac. 

Gazi Mihal Mosque, Edirne

Gazi Mihal Mosque - sebuah masjid tua dibina pada 1422 atas arahan Gazi Mihal. Gazi Mihal Bey ialah cucu kepada Kose Mihal, seorang pahlawan Ottoman ketika period Osman Gazi (d. sekitar 1340). Masjid ini terletak berdekatan Sungai Tunca dan musnah ketika banjir besar pada 1953. Ia ditutup tidak digunakan selama 45 tahun sehinggalah kerja pemuliharaan dan pembaikan pada 1998. Source - link

Baca juga "Gazi Mihal Mosque and Bath in Edirne". archaeolgy news - link.

Baca juga Kose Mihal - wiki.

- - - - -

Wednesday, February 03, 2016

Kerajaan Silam Pendokong Syiah - Qaramitah


Catatan buku Auni 187.

Ada beberapa kerajaan silam yang mendokong Syiah. Antaranya adalah;

1 Qaramitah - iaitu pecahan Syiah Ismailiyah (sekitar 899M).
2 Dinasti Hamdaniah yang berpusat di Mosul (809M)
3 Dinasti Buwayhid di Baghdad dan Syria (943M)
4 Dinasti Fatimid di Qairawan (909M)
5 Dinasti Fatimid Mesir (969M)

Qaramitah (dalam English Qarmatian) diasas oleh Hamdan Ibn Qarmat mulanya di Bahrain dan sekitar pantai Kufah. Berikutnya mereka berpusat di Maimuniah (al-Hasa atau al-Ahsa) Saudi.

Qaramitah mencatat sejarah berlaku ganas menyerang jemaah haji pulang dari Mekah. Mereka menguasai Mekah pada 931M dan Qaramitah pernah mencuri Hajaratul Aswad dari Kaabah dan menyembunyikan selama berpuluh tahun. Peristiwa tersebut berlaku ketika pemerintahan Abbasid Baghdad. Hajarul Aswad hanya dipulang kembali ke Kaabah setelah Abbasid membayar wang kepada mereka.

Period peristiwa Qaramitah melarikan Hajarul Aswad berlaku ketika Abbsid ke-18 al-Muktadir 908-932M (link).



Mac '19
- - - - -

Labels: