Wednesday, May 06, 2020

Cabaran Murid Sekolah Tahfiz


Pendidikan formal tahfiz bermula dengan penubuhan maahad tahfiz al-Quran wa Qiraat Kuala Kubu Baru pada 1967. Kemudian diikuti sekolah imtiaz Yayasan Islam Terengganu, Maahad Tahfiz Istana Bandar Jugra tahun 2008, kemudian Kelang dan Bagan Lalang.

Antara cabaran yang utama yang dihadapi oleh murid tahfiz ialah bagaimana memastikan mereka mencapai matlamat pencapaian yang telah ditetapkan. Ada kajian mendapati 60% pelajar tidak mampu menamatkan hafazan sebagaimana yang ditetapkan iaitu dalam tempoh enam semester.

Tentang cabaran kesukaran menghafaz sebagai salah satu cabaran pembelajaran tahfiz. Seorang pelajar berkongsi apa yang beliau alami, “Bagi saya cabaran yang besar sebab ulang lupa, ulang lupa rasa nak ulang juzuk lain rasa cabaran besar.” Seorang murid pula dengan jelas menyatakan bahawa cabaran menghafaz ialah apabila sukarnya untuk mengingati kerana akan selalu terlupa apa yang telah dihafaz. Murid ketiga pula menyatakan bahawa, “Kadang-kadang tu nak hafal memang susah. Kadang-kadang sampai menangis-nangis untuk hafal. Bila satu hari pun tak dapat jugak”.

Catatan bacaan sebuah kertas kerja mengenai cabaran murid tahfiz.

Sekolah Tahfiz Anak Yatim ATM

- - - - -


Monday, May 04, 2020

Sejarah Twinings Tea


Mereka yang menggemari teh pastinya mengenali Twinings Tea iaitu satu jenama teh dari England. Mula diperkenal oleh Thomas Twining pada 1706. Ironinya pada awal perniagaan Twinings kopi menjadi minuman pilihan ramai. Pada masa itu harga teh sangat mahal berbanding kopi. Maka Twining sudah melihat teh akan memberi pulangan lebih lumayan berbanding kopi. Maka bermulalah bisnes teh Twining dan kopi tidak lagi menjadi bisnes mereka.

Richard Twining mula buka kedai seperti mana yang ada sekarang di kota London pada 1784.



Premis kedai Twining yang terkenal di Strand, london
(source - link)

Baca "Twining on the Strand A sip of history". link theculturetrip.

Baca Twining Tea - journeyoftea dan discover.

Baca juga teamagazine dan historyofceylontea.


- - - - -