Monday, January 30, 2023

Feng Shui HK

 

Amalan Feng Shui sangat mendapat tempat di Hong Kong. Bangunan yang dibina sama ada untuk perniagaan mahu pun kediaman dibina dengan mengambil kira perancangan oleh para pengamal Feng Shui. Sebagai contoh adalah Feng Sui yang diterap Bangunan HSBC Hong Kong.

The HSBC bank had two cannon-like structures installed at the top of their building. These cannons, which are pointed towards the Bank of China building, supposedly protects HSBC from the dreaded Bank of China Tower’s negative energy by deflecting the energy back to its source.

Baca The Feng Shui skyscrapper of HK - link.

 

Dua cannon yang diletak di puncak atas Bangunan HSBC HK

- - - - -

Tuesday, January 24, 2023

Tokoh Rao Tempatan


Catatan bacaan "Sumbangan tokoh Rao Melayu Malaysia - m/surat 81-119.

Bidang pentadbiran:

Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (b.1938 Kpg Batu Tiga Tapah, KSN 1990- Sept 1996); Tun Ismail Ali (1918-1998); TS Salehudin Muhamad (b.1932 Raub Pahang) mula khidmat dengan Rida 1959-62; DS Mohd Khalil Hj Husein kelahiran Gopeng YDP Jaro dan ex KP Imigresen; Dato Zainal Abidin Nordin kelahiran Kalumpang, Timbalan YDP Jaro; Hjjh Ailin Ton bt Dato Ishak Naib YDP Jaro mewakili Kelantan - pentadbir Unitar, ada hubungan persaudaraan dengan Dato Husamudin Yaakob pemilik Karangkraf).

Bidang politik:

Dato Aziz Shamsudin kelahiran Gopeng; TS Muhammad b Muhammad Taib kelahiran Hulu Bernam Selangor; TS Ghazali Shafie kelahiran Raub, TS Rafidah Aziz (b.1943 Selama Perak, Siti Zaharah Sulaiman dari Pahang; Datuk Saidin Tamby kelahiran Selangor; Haji Yusof Rawa (b.1922 Penang).

Bidang Penerbitan - Abdullah bin Hj Nordin - bapa kepada Yusof Rawa; Dato Husamuddin Yaakob pemilik Karangkraf.

Bidang penulisan dan kesusasteraan - Zabidin Hj Ismail dan Baharuddin Kahar kedua-dua kelahiran Perak.

Bidang Pendidikan - Hamdan Sheikh Tahir.

Turut disenarai adalah Mat Kilau pahlawan Pahang; Artis Sara Yaacob; U Wei Haji Shaari; Amy Mastura Shuhaimi dari Ipoh; Salmiah Hassan; Mazuin Hamzah; dan Mansoor Wan Abdullah usahawan dan Presiden Avon Malaysia. Keluarga Tun Hasmah Ali juga dari keluarga Rao.

Jan 2018

- - - - -

Friday, January 20, 2023

Kerajaan Asia Tenggara Awal Sebelum Melaka


Kewujudan kerajaan Melayu awal sebelum dan selepas Melaka meliputi nama-nama kerajaan berikut;

Kerajaan Funan (kurun 2 hingga 6 Masehi).

Srivijaya (7 - 8 M).

Suvarnabhumi (9 - 13 M).

Kerajaan Melayu Melaka 15 - 16 M).

Kesultanan Johor-Riau (16 - 19 M).

Kerajaan Funan berpusat di Vydhapura (Ba Phnom) dan Oc-Eo (Cochin-China) merupakan salah sebuah kerajaan tertua Asia Tenggara. [Baca tentang Funan Kingdom - link; Ba Phnom kini sebuah lokasi 78km dari Phnom Penh - link].

Catatan bacaan buku kesultanan melayu melaka usm m/surat 59.

Penginapan berdekatan Jesselton Terminal

- - - - -

Sunday, January 15, 2023

Long Yunus, Long Muhammad Dan Tengku Muhammad Kelantan


Perang Saudara merebut takhta Kelantan tercetus pada awal abad ke-19. Perebutan takhta berlaku setelah kematian Long Yunus bin Long Sulaiman pada 1794. Long Yunus memegang takhta sejak 1776. Tahun berakhir pemerintahan dan tahun kematian Long Yunus agak kabur dan ditulis berbeza dalam banyak bacaan. Ada yang menulis 1798 (link1), ada yang tulis 1795 (link2) dan ada yang tulis 1794 (link3). 

Persaingan saudara merebut takhta berlaku antara Tengku Muhammad, menantu Long Yunus, dengan Long Muhammad, putera Long Yunus. Tengku Muhammad adalah anak Sultan Mansor iaitu Sultan Terengganu period 1733-1794.

Dalam persaingan tersebut Long Muhammad berjaya mengalahkan Tengku Muhammad Long Muhammad diisytihar secara asmi sebagai Sultan Kelantan dengan gelaran Sultan Muhammad 1 (r.1801-183). Sebelum itu menantu Long Yunus, Tengku Muhammad, memegang pemerintahan period 1798-1801.

Catatan bacaan "Perkembangan Islam di Negeri Kelantan Abad ke-19" oleh Farid Mat Zain buku Islam Di Tanah Melayu pg 207.

Baca "Keturunan Long Yunus" malay wiki - link.

Vista

- - - - -

Wednesday, January 11, 2023

Clifford Menulis Tentang Kelantan


Pentadbir British di Malaya banyak menulis tentang hal sejarah terutama tentang hal ehwal orang Melayu. Namun tidaklah banyak yang ditulis mengenai negeri Kelantan. Sunggoh begitu ada juga artikel mengenai Kelantan pernah di catat oleh Clifford. Beliau antara lain pernah menyebut mengenai perlombongan emas di Galas. Clifford juga mencatat bahawa ada penduduk Cina di Galas yang pastinya mereka terlibat dengan usaha lombong emas tersebut. Selain Galas, Clifford juga menyebut tentang lombong yang ada di Tomok Mine, Kuala Pergau dan Kuala Balai.


Bacaan kini lombong emas di Jeli Kelantan 2022 (link).

"Evolution and identity of Kelantan Peranakan Chinese - issues and challenges". researchgate (link).

"Kelantan sekitar 1900 sehingga 1941". studentsrepo (link).

- - - - -


Sunday, January 08, 2023

Kelantan Dan Kewujudan Buddha


Bila membuat bacaan tentang Kelantan ditemui pula perbincangan mengenai kewujudan banyak wat Buddha sekitar negeri tersebut Beberapa bacaan tambahan yang mencerita hal tersebut adalah;

The Thais of Kelantan: a socio-political study of an ethnic outpost". tesis soas 1969 (link).

Ajaran dan kepercayaan agama Buddha: kajian ke atas masyarat Siam Kelantan". studentsrepo 1999 (link).

Literature review on Siamese Buddhism mediation practice in Kelantan journal of academic research  (link).

Latarbelakang kewujudan masyarakat Siam Kelantan. students repo (link).

Kesederhanaan menurut kefahaman masyarakat Buddha Pasir Puteh. jurnal kuis (link).

Buddhism in a Muslim State Kelantan. digital umk (link).

A thesis but without further info (link).

The same gym

- - - - -

Wednesday, January 04, 2023

Teguran Munsyi Abdullah - Tentangan Dan Terimaan


Munsi Abdullah menulis buku yang banyak catatan beliau menegur perangan orang Melayu. Banyak juga tuduhan Munshi Abdullah yang tidak disenangi oleh orang Melayu sendiri termasuk di kalangan para akademia. Antara akademia yang bersuara membantah tulisan Munshi Abdullah adalah Ismail Hussein, Ungku Maimunah (pensyarah UKM), Hadijah Rahmat (dari NTU Spore). Namun ada juga tokoh yang menerima pandangan Munshi seperti Hassan Ahmmad. Beliau mengatakan Munshi berani menentang adat atau kebiasaan orang Melayu.

Catatan m/surat 66 buku Nilai Nilai Melayu Menurut Pandangan Orang Luar.

Baca "Abdullah bin Abdul Kadir: susuk tumpu Hadijah Rahmat dalam kesusateraan Melayu". researchgate 2013, 19 m/surat - link.

"Permartaban realiti dan realism ke status konvensi sastera dalam kesusasteraan Melayu" artikel ungku maimunah 2019 (link).

"Abdullah Munsyi sebagai watak tertawan dalam travelognya". journal of humanities 2019 (link).

A Gym in PPenh 2022

- - - - -

Monday, January 02, 2023

Dua Putera Akhbar Kelantan Al-Hidayah dan Putera


Catatan bacaan Malay Society m/surat 181.

Selain Majalah Pengasuh ada dua akhbar lain yang turut menyuara berkait masyarakat Melayu Kelantan. Dua akhbar tersebut adalah Al-Hidayah dan Akhbar Putera. Al-Hidayah terbit pada period Jun 1923 hingga Februari 1926 dikepalai oleh Haji Ahmad bin Ismail. Beliau adalah graduan Madrasah Muhammadiah. Haji Ahmad dibantu oleh dua tokoh iaitu Ghazali bin Muhammad Ariffin (seorang pendidik dan juga memegang gelaran Dato Bentara Luar) dan Muhammad Adnan bin Ariffin.. 

Satu lagi akhbar adalah Putrera (akhbar yang lebih radikal). Putera diketuai oleh tiga tokoh - Kadir Adabi, Assaad Shukri (d.1971 - juga adik kepada Asri Muda) dan Haji Nik Yusof bin Haji Ismail (nama lainnya adalah Yusoff Hilmi). Ketiga-tiga mereka adalah graduan Madrasah Muhammadi. Kadir Adabi mula berkecimpung dalam kewartawanan setelah mendapat pendedahan melalui Datok Laksamana, ketua pengarang Pengasoh.

Akhbar Putera sangat vokal dan pernah bersengketa dengan Majlis Agama kerana menegur para ulama. Majlis kemudiannya mengeluar arahan supaya para pekerja kerajaan jangan membaca akhbar Putera. Juga dilarang menyertai Kelab Putera, sebuah kelab yang ditubuh oleh tiga tokoh pengendali akhbar Putera.

Penginapan Jeju

- - - - -