Sunday, August 25, 2019

Costa Coffee di Malaysia


Bisnes Costa Coffee di Malaysia bermula pada 2018. Pemegang franchise Costa Coffee di negara ini dipegang oleh Gapurna Permai Sdn Bhd sebuah syarikat milik persendirian. Pemilik GPSB adalah TS Mohamed Salim Fateh Din. Mereka merancang untuk membuka 100 outlet dalam tempoh lima tahun mendatang untuk melebar bisnes Costa Coffee. Lima outlet yang besar yang ada setakat ini adalah di Bangsar Shopping Center, Sunway Pyramid, Menara Alliance, Nu Sentral, Q Sentral, dan MCMC Cyberjaya. (Link - nst).
Baca juga  - theedge march 2018.


Costa Coffee di Edin

Di India Costa Coffee sudah mula bertapak pada 2008.

- - - - -

Monday, August 19, 2019

Pemerintah Agung Mughal - Jahangir (d.1627)


Jahangir lahir pada 1569 dan adalah anak kepada Akbar (d.1605). Semasa usia Jahangir masih kecil Akbar sudah pun melantik beliau sebagai putera mahkota. Pada 1599 Jahangir telah melancar pemberontakan semasa Akbar sedang berurusan di Deccan. Akbar melantik Jahangir sebagai pengganti sebelum kematian beliau. Di sudut pengamalan agama Jahangir tidak sepenuhnya mengamal Islam. Dia sama seperti ayah beliau Akbar memberi ruang luas kepada agama lain termasuk mubaligh Kristian untuk berdebat dengan ulama.

Pada 1614 Jahangir menamatkan perang dengan Rajput melalui satu perjanjian damai. Selepas tahun 1611 Jahangir banyak menerima pengaruh isterinya, Nur Jahan, dalam hal negara. Selain Nur Jahan turut berperanan adalah bapa beliau (i.e., bapa mertua Jahangir) I'timad Ad-Daulah dan juga abang Nur Jahan. Mereka mempengaruhi Jahangir dalam urusan tadbir hinggalah tahun 1622. Pada 1622 hingga 1625 Nur Jahan dan abangya bertindak melancar pemberontakan terhadap Jahangir secara terbuka. 

Jahangir meninggal dunia pada 1627. Beliau diganti oleh anaknya, Shah Jahan.

 


Tomb of Jahangir, Shahdara, Lahore

Baca "Jahangir's Tomb". thehistoryhub - link.

Petikan croozi dot com - link:

The tomb is located at Shahdara, Lahore.  The region was a favourite spot of Jahangir and his wife Nur Jahan, when they lived in this city. When Jahangir died in 1627 in Rajaur, near Lahore, he was initially buried in Dilkusha Garden. But his son Shah Jahan, ordered that a "mausoleum befitting an Emperor" should be built in his honour.

- - - - -

Friday, August 16, 2019

Pemerintah Agung Mughal - Akbar (d.1605)

 

Selepas Humayun meninggal dunia takhta Mughal di sambung oleh anak beliau Akbar. Akbar dikatakan pemerintah Mughal yang paling berjaya. Beliau memperkenal program reformasi dan berjaya memenangi penerimaan penduduk bukan Muslim. Akbar berminat sama dengan agama lain dan kerap mengajak penduduk India penganut Hindu, Parsi, dan Kristian mengada perbincangan agama bersama warga Muslim.

Akbar terus berusaha melaku perluasan wilayah dengan pimpinan bersama perdana menteri beliau, Bairam Khan. Pada 1561 mereka menyerang Malwa. Pada 1562 Raja Jaipul, Raja Bihari Mal menghadapi ancaman pemebrontakan. Beliau telah menawarkan puteri untuk berkahwin dengan Akbar dan seterusnya mengiktiraf pemerintahan Mughal Akbar. Akbar juga memujuk Raja Rajput supaya memberi kerjasama kepada kerajaan Mughal.

Pada 1573 Akbar menakluki Gujerat dan mara terus ke Bengal. Pada 1576 Akbar bertindak membunuh pemerintah Afghan yang enggan mengakui Akbar sebagai maharaja. Melalui tindakan tersebut sekali gus Mughal berjaya menakluki Bengal.

Pada 1586 Akbar berjaya menakluki Kashmir dan kemudian pada 1591 menawan Sindh. Seterusnya pada 1595 berjaya pula menawan Kandahar.

Akbar meninggal dunia pada 1605 kerana sakit. Beliau diganti oleh anak bernama Jahangir.

 

The mausoleum of Akbar the Great, Sikandra, Agra

- - - - -

Sunday, August 11, 2019

Pemerintah Agung Mughal - Humayun (d.1556)


Humayun naik mengganti takhta Mughal selepas kematian ayah beliau Babur pada 1530. Nama sebenar Humayun adalah Nasir-ud-Din Muḥammad dan beliau lahir pada tahun 1508. Saingan kepada kerajaan Humayun adalah pihak Afghan dan Rajput yang beridam diri sejak kekalahan mereka kepada Babur. Apabila Humayun naik takhta Rajput dan Afghan kembali melakukan serangan.

Pada 1535 passukan Humayun berjaya mengalahkan Rajput dan menawan Gujerat. Maka Humayun dapat menghapuskan ancaman Bahadur Shah yang mengetuai Rajput. Setelah berjaya mengalah Rajput muncul pula serangan dari puak Afghan. Pasukan Afghan dipimpin oleh Sher Shah Suri dan mereka berjaya mengalahkan Humayun pada 1539 dalam pertempuran di Chausa. Sher Shah sekali lagi dapat mengalahkan Humayun pada 1540 kali ini dalam pertempuran di Kannauj. Berikutan kekalahan tersebut Sher Shah Suri menguasai takhta Mughal manakala Humayun diusir keluar dari India. Humayun lari ke wilayah Sindh.

Pada 1544 Humayun mendapat bantuan dari pemimpin Safavid, Tahmasp, dan berjaya menawan Kandahar pada 1545. Berikutnya Humayun mara ke Kabul dan berjaya menguasai semula ibukota tersebut dari adiknya pada 1550. 

Pada 1545 juga Shah Suri meninggal dunia dan beliau diganti oleh anaknya bernama Ismail Shah. Pada 1555 Humayun mengambil kesempatan perang saudara di kalangan waris Sher Shah Suri. Humayun berjaya menakluk Lahore dan akhirnya Delhi dan Agra. Maka Humayun kembali menduduki takta Mughal buat kali kedua. 

Humayun meninggal dunia pada 1556 dan diganti oleh anak beliau Akbar.

Baca Humayun - wiki.

Tomb of Humayun, Delhi

Baca "A bird's-eye view of Humayun's tomb complex conservation". ummid dot com 2019 - link.

Petikan times of india - link:

Now a UNESCO World Heritage Site, this garden tomb is considered to be the finest example of Mughal architecture before the Taj Mahal. Like the Agra monument, it is surrounded by a charbagh (four square gardens) with water channels and a central mausoleum. Built in 1565 AD, nine years after Mughal emperor Humayun’s death by his widow Bega Begum, the picturesque tomb makes good use of white marble and red sandstone.


- - - - -