Saturday, September 30, 2017

Ottoman ke19 Sultan Mehmed IV (1648-87)

 

Entri asal geoab - link:

Setelah kematian Sultan Ibrahim yang dibunuh oleh pemberontak pada 1648 naik menjadi Sultan Ottoman ke19 ialah anak beliau Mehmed IV.

Pada awal period pemerintahan Mehmed IV iaitu dari 1648-1656 yang berkuasa penuh ialah nenek beliau iaitu Kosem Sultan sehinggalah ia meninggal dunia pada 1651. Kemudian diikuti oleh ibu Mehmed IV bernama Turkan Hatice Sultan (dari 1651-56). Period awal ini juga menyaksikan berlakunya pemberontakan oleh tentera Janissari bersama tentera Sipahi. Di kalangan pembesar yang berkuasa timbul pula pertembungan di antara Kosem Sultan dengan wazir Sofu Mehmed Pasya. Kosem Sultan juga sebelum kematian beliau punya rancangan untuk membunuh Mehmed IV.

Period pemerintahan Mehmed IV dari 1656 – 1676 merupakan period tadbiran keluarga Koprulu. Period yang amat berjaya ini dikemudi oleh dua tokoh Koprulu. Antara kejayaan mereka adalah berjaya menamatkan tentangan pemberontakan Jalali. Pada 1657 Koprolu juga berjaya mengalahkan blockade yang dilakukan oleh Venice. Kejayaan terbesar Koprolu adalah berjaya mengalahkan tentera Russia pada 1659.

Tahun 1683 merupakan tahun duka pemerintahan Mehmed IV kerana gagal dalam usaha menawan kota Vienna, Austria. Kegagalan tersebut menyebabkan wazir Kara Mustafa telah dihukum bunuh. Impak dari kegagalan tersebut juga telah menimbulkan pemberontakan pasukan Janissari.

Sultan Mehmed IV diturunkan dari takhta melalui pemberontakan oleh Janissari. Turut menjadi mangsa ialah wazir Sijavus Pasya yang mati dibunuh. Selepas dijatuhkan Mehmed IV telah di kenakan tahanan di Istana Topkapi. Beliau akhirnya meninggal dunia di Istana Edirne pada 1693. Pengganti Mehmed IV sebagai Ottoman ke20 ialah adik beliau Sultan Suleyman II (r.1687-1691).

 

Yeni Valide Mosque, Uskudar

Bina pada 1708-10 oleh Sultan Ahmed III untuk ibunya

Baca wiki dan raillynews (link)

- - - - -

Sunday, September 17, 2017

Bacaan Sultan Ibrahim Ottoman

 

Entri asal geoab - link:

Berbagai artikel dan bahan bacaan telah ditulis tentang Sultan Ibrahim khususnya hal peribadi beliau. Dalam banyak tulisan beliau digelar juga sebagai The Mad Sultan.

Baca “42 unhinged facts about Ibrahim, the mad Sultan of the Ottoman Empire”. factinate dot com – link. [entri ditulis oleh calun phd toronto canada]

“Mad Ottoman sultan: Ibrahim the first 1616-1648”. turkeyhomes – link.

“The surprising pastimes of ten of history’s worst rulers “. history collection – link.

“Facts about Ibrahim I – the man who lived in a cage”. ranker dot com – link.

“Ibrahim I of Turkey”. the mad monarchs – link.

 

The cage of Topkapi Palace

- - - - -

Thursday, September 14, 2017

Sultan Ibrahim Ottoman (1640-1648)

 

Penerangan mengenai Sultan Ibrahim dalam buku Maksudoglu amat ringkas sahaja. Catatan mengenai beliau cuma ada dalam satu m/surat sahaja. Yang diceritakan cuma tentang kemepn yang dilakukan oleh Ottoman Ibrahim ke atas Crete.

Rentasan sejarah bermula dengan persitiwa Sunbul Aga, seorang pegawai Ottoman dipintas oleh lanun ketika beliau dalam perjalanan ke Egypt. Mangsa berkenaan dirampas hartanya dan beliau dibunuh. Barang rampasan tesebut seterusnya dijual di Pulau Crete. Pada 1645 Ottoman bertindak menghantar kapal untuk berdepan Crete. Setelah puluhan hari menyerang Ottoman berjaya menguasai kota kubu Hanya Castle. keika surat.

Catatan Maksudoglu berakhir dengan menyebut Sultan Ibrahim meninggal dunia pada 1648 kerana sakit lunacy (atau insanity). Artikel wiki pula menyebut Ibrahim mati dibunuh oleh para pembesar Ottoman yang menentang beliau. Turut dalam kumpulan penentang ialah ibu Ibrahim sendiri iaitu Kosem Sultan.

Naik mengganti Ibrahim adalah anak beliau Mehmed IV. Pada ketika mula menaiki takhta usia Mehmed cuma enam tahun.

Baca ibrahim (wiki), kosem sultan (wiki) dan mehmed iv (wiki).



Chania Castle, Crete

source: west-crete (link)

- - - - -

- - - - -

Saturday, September 09, 2017

Ottoman ke18 Sultan Ibrahim (1640-48)

 

Entri asal geoab - link:

Ottoman ke18 menggantikan Murad IV ialah Sultan Ibrahim. Beliau adalah anak Sultan Ahmed I dan juga adik kepada Murad IV (Ottoman ke17). Sultan Ibrahim naik takhta ketika berusia 24 tahun. Beliau mewarisi tahkhta kerana Sultan Murad IV tidak mempunyai anak lelaki. Sebelum menjadi sultan Ibrahim hidup dalam depresi yang memanjang. Beliau kehilangan ayahnya, Sultan Ahmed I, ketika berusia dua tahun. Beliau juga menyaksikan sendiri trauma yang dialami Sultan Mustafa I yang hidup stress dan kemudian dibunuh oleh kumpulan Janissari. Sultan Ibrahim juga mengalami trauma akibat terbunuhnya abang-abang beliau Bayezid, Suleyman dan Kazim kerana amalan fracticide. Sehingga beliau sendiri ternanti-nanti nasib buruk yang bakal menimpanya.

Period pemerintahan Sultan Ibrahim selama lapan tahun boleh dibahagi dua period – empat tahun pertama sebagai gemilang manakala empat tahun kedua zaman yang kecundang. Kejayaan pada empat tahun pertama dicapai dengan sumbangan oleh wazir Mustafa Pasya yang berkhidmat cemerlang. Manakala period empat tahun kedua situasi mula kacau apabila Mustafa Pasya telah dihukum bunuh kerana hasutan ibu Ibrahim (Kosem Sultan atau Valide Sultan).

Pentadbiran negara bertambah parah apabila Ahmed Pasya memegang jawatan sebagai wazir besar pada 1647. Penentangan terhadap Ahmed Pasya bertambah runcing sehingga tercetus pemberontakan oleh Ali Pasya yang memegang jawatan gabenor Sivas. Pembrontakan tersebut berakhir dengan pemecatan Sultan Ibrahim dari jawatan beliau. Pemberontak melantik anak Sultan Ibrahim bernama Mehmed IV sebagai pengganti. Ketika dilantik Mehmed IV baru berusia tujuh tahun. Selepas dipecat Sultan Ibrahim mulanya dikurung namun akhirnya dibunuh pada 1648. Sultan Ibrahim dimakamkan di Masjid Ayasofia.

 

Kocatepe Mosque Istanbul (jadaliyya dot com – link)

- - - - -