Thursday, December 17, 2015

Kejatuhan Sultan Bayezid I (1402)

 

Entri asal - geoab.

Kejayaan Bayezid seperti entri sebelum adalah suatu yang amat memberansang. Namun kini dibicarakan pula perkara duka tentang Sultan Bayezid I. Salah satu usaha besar yang Bayezid lakukan ialah untuk menawan Konstantinople. Pasukan beliau telah memulakan usaha tersebut dengan tindakan kepungan ke atas Konstantinople. Kepungan berlarutan lama dari 1394 hinggalah 1402. Pada period yang sama Bayezid terpaksa pula menghadapi tentangan tentera Salib. Setelah berjaya menewaskan pasukan Salib maka Bayezid bersedia untuk meneruskan serangan ke Konstantinople.

Namun secara tiba-tiba muncul pula serangan oleh pasukan Tamerlane (r.1370-1405). Serangan melibatkan kedua musuh ini dikenali sebagai Perang Ankara yang terjadi pada Julai 1402. Pasukan Bayezid terdiri dari 120 ribu tentera manakala Tamerlane bilangan mereka lebih kecil sekitar 80 ribu. Apa yang berlaku adalah Tamerlane berjaya mengalahkan pasukan Ottoman dan Bayezid sendiri telah ditawan bersama anak beliau, Mustafa. Bayezid akhirnya meninggal dunia selepas setahun dalam tahanan di Aksehir pada 1403.

Selepas kematian Bayezid para pembesar Tamerlane telah memilih Mehmed Celebi mewarisi takhta Ottoman. Namun saudara-saudara Mehemed yang seramai empat orang tidak mahu mengakui kedaulatan Mehmed. Keempat mereka adalah Isa Beg, Musa Beg, Emir Sulayman dan Mustafa saling berebut wilayah untuk pemerintahan masing-masing. Maka berlakulah perang saudara yang berlanjutan selama sebelas tahun. Perang saudara tersebut meninggal kesan buruk kepada Ottoman. [Celebi = prince or young lord].

Baca “Dramatic representation of the Battle of Ankara and Bayezid I captivation by Tamerlane”. 12 pages (link).

“The Battle of Ankara and its consequences” Two pages of introduction (brill).

Gambaran Tamerlane bersama Bayezid ketika dalam tahanan (wiki)

– – – – –

Thursday, December 10, 2015

Ottoman ke4 - Sultan Bayezid I

 

Entri asal - geob.

Selepas kematian Murad I pada 1389 naik sebagai pengganti dan mengetuai Uthmaniyah ialah Sultan Bayezid I. Beliau ialah anak kepada Sultan Murad dan menjadi Uthmaniyah ke4 memerintah period 1389 hingga 1402. Period pemerintahan Bayezid I dipenuhi sejarah gembira dan juga duka. Hal yang gembira adalah bila mana Bayezid berjaya menyatu padu emirates kecil atau wilayah kecil yang pada awalnya memberontak. Bayezid berjaya memulihkan perpaduan politik wilayah Aydin, Saruhan, Mentese, Germiyan dan juga Karaman. Berikutnya perpaduan politik berjaya diwujudkan di wilayah Aksaray, Nigde, Kayseri, Amasya dan kota-kota lainnya.

Pada 1391 Bayezid mulakan usaha menyerang Byzantine untuk menawan kota Konstantinople. Tindakan awal beliau adalah mengepung Konstatinople dan pengepungan itu berterusan selama lima tahun. Pada masa yang sama Bayezid terus juga berusaha masuk ke Eropah dan pada 1394 beliau berjaya menawan Bulgaria, Greece, Venice dan Salonica.

Kejayaan besar Bayezid I adalah menang Perang Salib pada 1396. Bayezid dengan kekuatan tentera cuma seramai  70 ribu berdepan dengan pasukan Salib yang jauh lebih besar seramai 200 ribu. Perang salib tersebut dikenali nama Perang Nikopolis kerana tercetus di pinggir Sungai Danube lokasi tepatnya di kota Nikopol, Bulgaria.

Kemenangan besar Bayezid dalam Perang Sabil pada 1396 menyebabkan Raja Manuel yang menguasai Konstantinople berasa tergugat. Beliau lantas menerima tuntutan Bayezid dan memberi izin membina masjid untuk kegunaan Muslim di wilayah Byzantine. Kejayaan Perang Sabil dan keputusan Raja Manuel menyebabkan Bayezid menunai nazar dengan membina sebuah masjid besar di Bursa. Kota Bursa terletak sekitar 90km dari Istanbul. Kalau berkerta jauhnya sekita 152 km. Lebih dekat denga menaiki feri.

Masjid Besar Bursa (source – istanbul)

– – – – –

Thursday, December 03, 2015

Ottoman Murad I (1362-1389) dan Janissari

 

Entri susun semula (link):

Satu perkembangan besar yang diperkenal oleh Sultan Murad I (r.1362-89) ketika period pemerintahan beliau ialah penubuhan pasukan tentera yang dikenali sebagai Janissari. Sebelum penubuhan Janissari pasukan tentera Ottoman adalah terdiri dari rekrut yang diambil bekerja atas inisiatif Jeneral Kara Halil (d.1387) di kota Busra. Kaedah merekrut menimbul masalah kerana ramai rekrut yang lari keluar meninggalkan pasukan tentera.

Kerana masalah dalam merekrut maka kaedah baru ialah dengan menubuh pasukan askar baru.bermula pada sekitar tahun 1378. Pasukan tentera baru ini dikenali dalam nama Turki, Yenichari, yang membawa makna askar baru (i.e., Janissari). Anggota janissari terdiri dari anak-anak kaum Balkan yang wilayah mereka menjadi tawanan Ottoman.

Rumelian Fortress, Istanbul

Nota: Turki pada zaman Ottoman terkenal juga dengan binaan kubu untuk mempertahan dari serangan musuh. Salah satunya adalah Kubu Rumali Instanbul.

The Rumelian Fortress Istanbul was built by Fatih Sultan Mehmet in 1452. The castle was built on the narrowest point of the Bosporus to prevent possible attacks from the north of Istanbul. Its construction was completed in just ninety days. Source - daily sabah (link).

- - - - -

Wednesday, December 02, 2015

Buku Consorts of the Caliphs


Buku terbitan NYU Press tahun 2015. Buku 'Consorts of the Caliphs - women and the court of Baghdad' editing oleh Shawkat M Toorawa dan dua lagi editor. Buku asal tulisan Ibn al-Sa'i.
tulisan

Ibn al-Sa'i (d.674H/1276M) was a historian, law librarian, and prolific author from Baghdad. His considerable scholarly output included treatises on hadith, literary commentaries, historie of the caliphs, and biographical collections, though little has survived.


Women and the Court of Baghdad



Terbitan NYU Press

Dari Goodreads (link):

Consorts of the Caliphs is a seventh/thirteenth-century compilation of anecdotes about thirty-eight women who were, as the title suggests, consorts to those in power, most of them concubines of the early Abbasid caliphs and wives of latter-day caliphs and sultans. This slim but illuminating volume is one of the few surviving texts by Ibn al-Sa'i (d. 674 H/1276 AD). Ibn al-Sa'i was a prolific Baghdadi scholar who chronicled the academic and political elites of his city, and whose career straddled the final years of the Abbasid dynasty and the period following the cataclysmic Mongol invasion of 656 H/1258 AD.

- - - - -