Sunday, January 17, 2010

Konsep Alam Menurut Daud al-Fatani

Petikan asal (link):

Petikan jurnal afkar m/surat 34,35;

Konsep alam menerusi faham martabat tujuh terdiri daripada tujuh peringkat iaitu aḥādiyyah, waḥdah, wāḥidiyah, alam a wāḥ, alam mi hāl, alam ajsām dan insan. Martabat aḥādiyyah merupakan aspek Pencipta yang menjadi ciri asasi konsep alam dan ia telah diterangkan sebelum ini. Martabat waḥdah pula apabila diamati berdasarkan klasifikasi kualiti kalbu, jelas bahawa ia merujuk kepada peringkat penyaksian kalbu pada aras ṣiddi īn dan kāmil. Martabat wāḥidiyah pula merujuk kepada peringkat penyaksian kalbu pada aras muqarrabin.

Adapun alam arwāḥ, alam mithāl dan alam ajsām merupakan peringkat keyakinan kalbu kalangan insan Muslim, manakala alam mithāl dan alam ajsām pula merupakan peringkat keyakinan kalbu insan yang lalai.

Selanjutnya, untuk klasifikasi kedua yang menjelaskan konsep alam Daud al-Fatani dalam Manhal al-Ṣāfī, ia dapat diteliti melalui penjelasannya terhadap jalan mendekati Allah SWT (al-ṭariq ilā Allāh).

Berdasarkan kerangka ilmu astronomi Islam adalah jelas bahawa pemahaman konsepsi alam yang dipaparkan dalam karya terbabit bukan menerusi akal rasional. Ia menggariskan ketetapan bahawa hanya mereka yang memiliki keahlian mampu mengetahui maknanya

Sebuah kedai halal Japan

- - - - -

Thursday, January 14, 2010

Konsep Alam Menurut Daud al-Fatani (2016)

Petikan asal (link):

Baca artikel 'Konsep alam menurut Daud al-Fatani dalam karyanya Manhal al-Safi: analisis dari perspektif astronomi Islam'. Artikel oleh akademia (Mohammaddin Abdul Niri, Sa'adan Man dan Che Zarina Sa'ari) dari API UM terbit jurnal Afkar tahun 2016. Artikel tebal 43 m/surat. Tajuk dalam English "The concept of universe according to Daud al-Fatani in his work Manhal al-Safi: an analysis from Islamic astronomy perspective".

Akhirnya, hasil kajian mendapati bahawa konsep alam Daud al-Fatani dalam karya terbabit adalah terbentuk daripada mushāhadah yang terbit daripada ketekunan kalbu membenarkan kalimah tauhid lā ilāha illā Allāh.

Sebuah kafe - St Andrews

- - - - -

Monday, January 11, 2010

Kitab al-Manhal al-Safi Sheikh Daud al-Fatani

Petikan asal - link:

Daud al-Fatani adalah seorang ulama besar berasal dari Patani.

Berhubungan dengan kewafatannya, al-Fatani meninggal sekitar tahun 1847M bersamaan dengan 1265H. Beliau dimakamkan di Taif bersebelahan dengan makam Sayyidina ` Abd Allah bin Abbas iaitu sepupu Rasulullah SAW. Lihat Wan Mohd. Shaghir Abdullah “Sejarah Ringkas Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani” [petikan m/surat 27 artikel jurnal afkar].

Sebuah tesis phd tentang Daud al-Fatani: Faudzinaim Badaruddin, “Manhalu'l-safi by Shaykh Daud Bin Abdullah al-Fatani as a Specimen of Malay Kitab Literature of 18-19 cc" (Tesis kedoktoran, University of London, 1998).

Kitab ini adalah berkaitan dengan ilmu tasawuf khusus mengenai tabiat kalbu dan ia turut dikaitkan dengan perbahasan hakikat alam.

Sebuah restoran halal BKK

- - - - -

Thursday, January 07, 2010

Ulama Patani - Syeikh Nik Dir (1829-1898)

Ulama kedua yang terkenal selepas Syeikh Daud al-Fatani (susunan mengikut hayat kelahiran) ialah Syeikh Abdul Kadir bin Abdul Rahman al-Fatani atau Syeikh Nik Dir Patani. Beliau mewarisi kegemilangan ilmu Syeikh Daud Patani. Syeikh Nik Dir menganggap Syeikh Daud sebagai bapa angkat beliau. Dari segi keturunan keluarga sebelah ibu Syeikh Nik Dir adalah cucu saudara Syeikh Daud. Selain pertalian sebelah ibu, Syeikh Nik Dir juga mempunyai talian keluarga dengan Syeikh Daud Patani dari sebelah bapa.

Nota: Ada seorang lagi ulama terkenal dengan nama hampir sama iaitu Syeikh Wan Abdul Kadir bin Wan Abdul Rahim al-Fatani. Nama panggilan beliau ialah Tok Syeikh Kadir Bukit Bayas atau Tuan Bukit Bayas. Beliau juga bertalian keluarga dengan Syeikh Nik Dir. 

Ketika pergolakan di Patani Syeikh Nik Dir pernah melari diri ke tempat Tok Syeikh Kadir di Bukit Bayas. Selepas berada di Terengganu Syeikh Dir berikutnya berangkat ke Mekah dan terus menetap di sana.

Syeikh Nik Dir meninggal dunia di kota Mekah pada 1898.

Sebuah masjid tua di Bandar Melaka

- - - - -

Tuesday, January 05, 2010

Ulama Patani - Syeikh Daud al-Fatani (1769-1847)

Kegemilangan syiar Islam di Patani sering mendapat perhatian pengkaji sejarah dan pengajian Islam. Patani melahirkan ramai ulama yang menonjol dari segi ketokohan dan kewibawaan dalam menegak syiar Islam. Salah seorang ulama yang sering disebut namanya ialah Syeikh Daud al-Fatani.

Nama sebenar beliau ialah Wan Daud bin Wan Abdullah bin Wan Idris bin al-Jawi. Beliau kelahiran Kampung Kerisik (7km dari Patani). Keluarga Syeikh Daud dikatakan berasal keturunan Sulawesi yang datang ke Patani sekitar 1629. Datuk beliau, Wan Idris dikenali juga dengan panggilan Tok Wan Derasid @ Syeikh Wan Senik.

Kalau dilihat dari rentetan sejarah Siam mula menyerang Patani pada 1785. Patani tewas kepada Siam pada 1786. Pada tahun berikutnya, 1787, Syeikh Daud berangkat belayar ke Mekah. Berikutnya pada 1789 penentangan dalam bentuk perang sabil berlanjutan antara Siam-Patani.

Beliau merupakan orang Melayu pertama yang diberi tauliah menjadi Imam dan khatib di Masjidil Haram, Mekah. Syeikh Daud al-Fatani meninggal dunia di Taif dan makam beliau berdekatan dengan makam Abdullah bin Abbas.

Secara bandingan period sejarah hayat Syeikh Daud adalah sebelum pertelingkahan Perak-British 1874-75.

Baca "Biografi Syeikh Daud Al-Fatani". Link - studentsrepo 2013.

 Sebuah hotel di Hatyai

- - - - -