Wednesday, July 28, 2021

Afghanistan Period Zahir Syah dan Kabul University

 

Zahir Shah naik menjadi pemerintah Afghanistan pada 1933 setelah Nadir Shah mati dibunuh. Usia beliau ketika itu baru 19 tahun maka pemerintahan banyak dikendalikan oleh bapa saudara beliau, Muhammad Hashim Khan. Sejak awal period pemerintahan Zahir Shah berlaku pertembungan antara pihak tradisionalis Islam dengan puak nasionalis dan modernis. Golongan kedua cenderung untuk melihat Islam Afghanistan diadun bersama perkembangan pengetahuan, menerima sains dan teknologi terutama untuk pertahanan negara. Manakala golongan ulama tradisonalis menolak dan mahu Islam kekal cara tradisi. Golongan tradisional ini pula disokong sama oleh ketua2 puak (atau ketua tribes). 

Dari segi agama golongan modernis mahukan menggalakkan ijtihad seperti mana amalan Sunni. Manakala tradisionalis berpegang bahawa ijtihad sudah tiada iaitu sebagai mana pegangan aliran Hanbali. Pertembungan dua golongan tersebut membuatkan pemerintahan Zahir Shah tersepit dan sukar untuk bergerak dan berubah. 

Namun begitu kesan WW2 menunjukkan bahawa sains dan teknologi adalah suatu yang perlu diterima. Maka Zahir Shah mengambil langkah mewujudkan Universiti Kabul  pada 1932. Ia bermula dengan Fakulti Perubatan dengan kerjasama Lyons University. Kemudiannya diikuti Fakulti Sains, Undang-undang dan Sains Politik. Pada 1944 ditubuhkan pula Fakulti Teologi dengan afiliasi bersama Universiti Azhar Cairo. Maka pelajar agama boleh menerus pelajaran mereka di Afghanistan tanpa perlu keluar ke negara lain.

Perkembangan yang berlaku memberi impak yang positif kepada golongan nasionalis modernis dan memberi tamparan kepada tradisionalis. Seterusnya pada 1947 muncul pula satu kumpulan gerakan iaitu Awakened Youth. Mereka terdiri dari golongan terpelajar yang mendesak dilakukan reform terhadap perlembagaan. Antara respon pihak pemerintah adalah membenar pengundian parlimen secara lebih demokratik. Amalan sebelumnya pemilihan ahli parlimen lebih kepada keputusan oleh istana iaitu dipilih oleh monarki. Satu lagi perubahan yang berlaku ialah wujudnya ruang untuk bersuara dan press yang lebih bebas. 

Kesannya Universiti Kabul mula menjadi medan bagi golongan nasionalis modernis dan union (atau kesatuan) pelajar mula terbuka membincang perkara yang sebelum ini terlarang. Antara perkara tersebut termasuklah tentang communism dan atheism. Turut sama rancaknya adalah kecaman ke atas golongan agamawan dan juga Hazrat of Shor Bazaar atas sikap fanatik dan konservatif mereka. [Hazrat of Shor Bazaar merupakan sebuah famili agamawan yang berpengaruh di Afghanistan].

Kepada Zahir Shah kedua-dua golongan ini i.e., golongan pendesak terpelajar dan golongan agamawan tradisonalis menjadi pengancam kepada institusi monarki dan juga negara. 

Sebahagian kampus Kabul University

sumber: bitlanders - link

- - - - -

- - - - -di

Monday, July 26, 2021

Pemerintah Agung Mongol - Timurlane

 

Timurlane berasal dari puak Mongol yang telah pun menetap di Transoxiana. Ada yang mengeja nama beliau Tamerlane. Kejayaan Tamerlane bermula pada 1380 bila mana beliau berjaya menewaskan Khan dari Jatah dan puak Khawarizmi. Pada 1383 Tamerlane memimpin pasukan menyerang Parsi dengan terlebih dulu menakluk Herat. Berikutnya satu demi satu kejayaan yang beliau capai.

Antara 1383-85 Tamerlane berjaya menguasai Khorasan dan timur Parsi. Selanjutnya pada 1386 hingga 1394 Fars, Armenia, Iraq, Azerbaijan, Mesopotamia dan Georgia jatuh ke tangan beliau. Pada 1391 beliau mara ke Russia memerangi Tokhtamiysh dan menggulingkannya. Tamerlane berikutnya menduduki Koscow selama setahun.

Pada 1398 Tamerlane mengalih tumpuan ke India. Beliau menuju Delhi dan dapat mengalahkan Sultan Mahmud Tughluq di Palipat. Setahun kemudian beliau kembali ke kota pemerintahan Transoxiana.

Berikutnya Tamerlane memerangi Sultan Mamluk Mesir dan Ottoman Bayezid I kerana mereka menakluk beberapa wilayah kuasa beliau. Tamerlane berjaya menduduki Damascus pada 1401. Pada tahun sama beliau berjaya menawan Baghdad dan telah membunuh seramai 20000 penduduk sana. 

Pada 1404 selepas berangkat pulang ke Samarkand Tamerlane bercadang pula menyerang China. Beliau mula bergerak pada Disember. Walau bagaimana pun beliau jatuh sakit bila tiba di Otrar dan meninggal dunia pada Feb 1405.

Sebuah buku berjudul Tamerlane

- - - - -

Thursday, July 22, 2021

Peristiwa Protes Olympic Mexico 1968

 

Sempena Olympic 2020 yang  bakal bermula di Tokyo. Mari lihat satu sejarah yang berlaku ketika Olympic Mexico 1968. Peristiwa duka yang dinamakan Tlatelolco Massacre berlaku pada awal Okt 1968 di Mexico City menjelang Olympic pada pertengahan Okt tersebut. Protes yang dianjurkan oleh badan yang dianggotai pelajar kolej dan universiti Mexicoa. Antara protes yang mereka  suarakan adalah “We don’t want Olympics, we want revolution!”.

Baca "Tlatelolco Massacre -mm". peoplesworld org - link.

"The geopolitics of the Olympic Games (1/5): Mexico 1968, the forgotten massacre of the students of Tlatelolco". archyde dot com - link.



Mexican army troops hold a group of young men arrested in the Plaza of the Three Cultures district in Mexico City on Oct. 3, 1968

- - - - -

Setahun atau dua tahun selepas Mexico 1968 masih dalam ingatan dirotan kerana peristiwa $10. Wang dari poket seluar. Wang itu dibelanja dan antara yang dibeli adalah memorable atau key-chain Mexico 1968 kalau x silap. Kedai yang menjual deret no dua dari blok belah kiri. Sebelah kedai yang jadi pusat mahjong. 

- - - - -

Wednesday, July 21, 2021

Tesis Hubungan British Afghanistan 1864-1879

 

British telah melancar perang dua kali dengan Afghanistan - the First Anglo-Afghan War 1839-1842 dan the Second Anglo-Afghan War 1878-1880. Ada sebuah tesis yang elok dibaca bagi mendapat lebih info mengenai apa yang berlaku sebenarnya di sebalik perang berkenaan.

Tesis bertajuk "Masterly inactivity: Lord Lawrence, Britain and Afghanistan, 1864-1879" oleh Christopher Julian Wallace. Tesis phd University of London tahun 2014. Petikan abstract:

This dissertation examines British policy in Afghanistan between 1864 and 1879, with particular emphasis on Sir John Lawrence’s term as governor-general and viceroy of India (1864-69). Having achieved national re-known for his exploits in the Punjab during the Indian Mutiny, as governor-general Sir John (later first Baron) Lawrence became synonymous with a particular line of foreign policy in Afghanistan, commonly referred to by contemporaries as ‘masterly inactivity’. His tenure at Calcutta coincided with a critical period in Anglo-Afghan relations, on account of a protracted civil war in Afghanistan and the renewal of Russian military advances in central Asia. This dissertation explains why government ministers granted Lawrence so much latitude for formulating British policy and what motivated his ‘masterly inactivity’, an alluring although misleading expression. A central concern is the extent to which public criticism in Britain influenced Lawrence’s decisions in India. Some of the constraints on policy-makers are also explored, including contemporary perceptions about the importance of ‘prestige’ to the control of India. In addition, the thesis considers some of the domestic effects of British imperialism, by reference to Lawrence’s public criticism of government policy before the second Afghan war, and by analysing metropolitan reaction to the murder of the British envoy at Kabul in 1879. His utility to parliamentary Liberals and prominence in public discussion about Afghanistan in 1878 demonstrate that - after nearly a lifetime on the imperial ‘periphery’ - Lawrence ultimately exerted a considerable influence on politics in the imperial metropolis.

Source: kclpure - link.

Folder: D 1 2019 afghanistan.


Sebuah buku tentang Anglo-Afghan War

Baca "Second Anglo-Afghan War". national army museum - link.

- - - - - 

Monday, July 19, 2021

Pemerintah Barakzai - Mohammad Ayub Khan (1879-1880)

 

Mohammad Ayub Khan menjadi Emir Afghanistan mengganti  Mohammad Yaqub Khan. Period pemerintahan beliau cuma selama tujuh bulan dari Okt 1879 hingga May 1880. Ketika Perang Anglo-Afghan Kedua Ayub Khan telah memimpin pasukan tentera Afghan mengalahkan British Indian Army di medan pertempuran Maiwand. [Battle of Maiwand July 1880 - wiki]. 

Berikutnya Ayub Khan mara pula ke medan Perang Kandahar pada Sept 1880 menentang British. Malangnya beliau tewas kepada tentera British. Ayub Khan diturun dari jawatan Emir dan di buang negeri ke British India. [Battle of Kandahar - wiki]. Namun begitu Ayub Khan dapat melarikan diri ke Iran. Pada 1888 Ayub Khan berunding dengan duta British di Tehran dan diberi pencen oleh British Raj. Ayub Khan berpindah menetap di British India dan meninggal dunia di Lahore, Punjab pada 1914.

Mengganti Ayub Khan sebagai Emir Afghanistan pada 1880 ialah Abdur Rahman Khan (r.1880-1901).

Mohammad Ayub Khan

source: wiki

- - - - -

Sunday, July 18, 2021

Pemerintah Barakzai Afghanistan - Mohammad Yaqub Khan (r.Feb1879-Oct1879)

 

Pemerintah Dinasti Barakzai seterusnya yang mengganti Sher Ali Khan adalah Mohammad Yaqub Khan (b.1849). Beliau adalah anak kepada Sher Ali Khan (d.1879). Period pemerintahan beliau cuma lapan bulan sahaja iaitu dari Feb 1879 hingga Okt 1879.

Pada 1870 sewaktu menjadi Governor Herat Yaqub Khan bertindak menentang ayahnya Sher Ali. Pada 1874 Yaqub telah ditahan dipenjara.

Ketika tercetusnya Perang Anglo-Afghan pada 1878 Sher Ali Khan telah melarikan diri meninggalkan Kabul dan meninggal dunia pada Feb 1879. Apabila Yaqub Khan mengganti sebagai Emir beliau telah menandatangani Gandamak Treaty dengan pihak British pada Mei 1879. Melalui perjanjian tersebut Yaqub Khan menyerahkan pentadbiran hubungan luar negara Afghanistan kepada British.

Satu rusuhan menentang perjanjian telah dipimpin oleh Ayub Khan pada Okt 1879. Penentangan tersebut mengakibatkan Ayub Khan diturun jawatan. Beliau diganti pula oleh Amir Ayub Khan.

Mohammad Yaqub Khan ketika menandatangani Gandamak Treaty

- - - - -

Friday, July 16, 2021

Pemerintah Barakzai Afghanistan - Mohammad Azam Khan (r.1867-68)

 

Mohammad Azam Khan (b.1820) menjadi Emir Afghanistan pada period Oct 1867 hingga Ogos 1868. Beliau anak lelaki kelima Dost Mohammad Khan. Azam Khan menjadi Emir ketika suasana pertelingkahan sesama anak Dost Mohamad masih berterusan. Azam Khan menghadapi saingan Sher Ali Khan telah mendapat semula jawatan Emir Afghanistan pada Ogos 1868 selepas pasukan tentera beliau berjaya menawan Kabul. Sher Ali datang ke Kabul pada Sep 1868. Manakala Azam Khan pula melarikan diri ke Sistan dan kemudiannya ke Iran. Azam Khan meninggal dunia di Iran pada 1870.

Sher Ali Khan yang mengganti Azam Khan memegang jawatan Emir Afghanistan untuk kali kedua. Pertama kali beliau menjadi Emir adalah pada period Jun 1863 hingga Mei 1866. Jawatan Emir yang dipegang Sher Ali Khan dirampas pula oleh abang beliau Afzal Khan (r.1866-67). Afzal meninggal dunia pada 1867 akibat penyakit kolera. Kemudian Azam Khan pula yang menjadi Emir.

Sher Ali Khan menjadi Emir kali kedua period Ogos 1868 hingga Feb 1879 [baca - abba1].

Mohammad Azam Khan

source: wiki

- - - - -

Wednesday, July 14, 2021

Pemerintah Barakzai - Afzal Khan (1866-67)


Mohammad Afzal Khan (b.1815) menjadi Emir Afghanistan pada period 1866-67. Beliau adalah anak sulung kepada Dost Mohammad Khan. Setelah Dost Mohammad meninggal dunia pada 1863 berlaku pertelingkahan sesama anak-anak beliau. Pada Mei 1866 Afzal Khan merampas kuasa dari saudara beliau Sher Ali Khan (r.1863-66) dan seterusnya mengambil alih penguasaan Kabul. Malangnya Afzal Khan diserang penyakit kolera dan meninggal dunia pada Okt 1867. 

Berikutan kematian Afzal Khan naik mengganti sebagai Emir Afghanistan ialah Mohammad Azam Khan. Azam Khan menjadi Emir period Okt 1867 hingga Feb 1868.

Anak lelaki ketiga Afzal Khan bernama Abdur Rahman Khan kemudiannya menjadi Emir Afghanistan pada period 1880 to 1901.

Sebuah monumen yang hampir rebah

Baca "Afghanistan 90% historical monuments on the verge of collapse". afghanzariza dot com - link.

- - - - -

Monday, July 12, 2021

Dost Mohammad Khan (r.1823-39 & 1845-63)

 

Pemerintahan Dinasti Barakzai bermula pada 1823 diasaskan oleh Dost Mohammad Khan (b.1793). Beliau adalah anak kepada ketua puak Barakzai. Ayah beliau juga pernah berkhidmat dengan pemerintahan Dinasti Durrani.

Pada 1837 Dost Mohammad membenar campur tangan British. Beliau mengada rundingan dengan wakil British Alexander Burnes dan mengenepi pelawaan untuk bersama Russia. Kemudiannya Dost Mohammad bertukar hala dan mewujud hubungan pula dengan Russia. Maka pada 1838 British bertindak dengan menghantar tentera atas arahan Governor General Lord Auckland dan bermulalah Perang Anglo-Afghan pertama. 

Pada Ogos 1839 Dost Mohammad tamat period pemerintahan pertama beliau diganti oleh Shah Shoja melalui campur tangan Raja Sikh dan Lord Auckland. Dost Mohammad kemudian naik semula memegang takhta kali kedua pada 1845. Dost Mohammad lari dalam buangan ke Mussorie pada Nov 1839.

Pada 1842 Shah Shoja mati dibunuh dan Dost Mohammad kembali semula menguasai Kabul. British pula mengambil keputusan menarik diri dari campur tangan mereka terhadap Afghanistan. Pada 1846 Dost Mohammad mengulangi semula pendirian menolak British. Beliau juga berbaik dengan Sikh.

Pada 1849 Sikh kalah di Gujerat dan Dost Mohammad berangkat bersama tentera pulang ke Kabul. Pada 1850 Dost Mohammad berjaya menawan Balkh. Seterusnya pada 1854 berjaya pula menguasai Kandahar dan juga suku puak (tribes) yang mendiami selatan Afghanistan.

Pada 1855 Dost Mohammad mengubah pendirian hubungan luar dengan berbaik semula dengan British. Pada 1857 Dost Mohammad menyerang Persia bersama British. Pada Julai 1857 beliau mengada perjanjian dan berjaya menguasai Herat. Pada 1862 tentera Herat mara semula ke Herat dan berjaya mengambil wilayah tersebut dengan bantuan pembesar tempatan, Ahmad Khan. Pada Mei 1863 Dost Mohammad sekali lagi bertindak menyerang Herat dan berjaya menawannya kembali. 

Dost Mohammad meninggal dunia pada Jun 1863 ketika masih dalam suasana menyambut kejayaan di Herat. Pengganti Dost Mohammad adalah anak beliau Sher Ali Khan (r.18631866). 

Jamrud Fort aka Fatehgarh, Peshawar

According to historians, the fort was built by Hari Singh Nalwa (1791-1837), who was the commander-in-chief of the Sikh Khalsa Army, the army of the Sikh Empire.

Dost Mohammad dan Jamrud Fort:

Dost Mohammad sent his son Akbar Khan to defeat the Sikhs at the Battle of Jamrud in 1837. His failure in recapturing the Jamrud Fort became the Afghan Emir's worst concern.

Baca juga "Jamrud Fort: a valued heritage site". dawn dot com - link.

- - - - -

Saturday, July 10, 2021

Pemerintah Dinasti Barakzai Afghanistan

 

List of Barakzai rulers (wiki):

1. Dost Mohammad Khan (1823 – August 1839)

1a. Rahmdil Khan – Ruler of Kandahar & Baluchistan

1b. Kohan Dil Khan – Ruler of Kandahar & Baluchistan

1c. Payinda Khan – Ruler of Kandahar & Baluchistan

2. Akbar Khan (December 1842 – 1845) - abba1

3. Dost Mohammad Khan (1845 – 9 June 1863)

4. Sher Ali Khan (12 June 1863 – 5 May 1866) - abba1

5. Mohammad Afzal Khan (5 May 1866 – 7 October 1867)

6. Mohammad Azam Khan (7 October 1867 – 21 February 1868

7. Sher Ali Khan (21 February 1868 – 21 February 1879)

8. Mohammad Yaqub Khan (21 February 1879 – 28 October 1879)

9. Mohammad Ayub Khan (Oct 1879 - August 1880)

10. Abdur Rahman Khan (11 August 1880 – 3 October 1901)

11. Habibullah Khan (3 October 1901 – 20 February 1919)

12. Amanullah Khan (28 February 1919 – 14 January 1929)

13. Hedyatullah Khan [14 January 1929 – 15-16 or 17 January 1929]

14. Ghulam Muhammad Tarzi – Poet, Ruler of Kandahar & Baluchistan

15. Inayatullah Khan (14 January 1929 – 17 January 1929)

16. Mohammed Nadir Shah (17 October 1929 – 8 November 1933)

17. Mohammed Zahir Shah (8 November 1933 – 17 July 1973)

Massoud Circle, Kabul

Nine historical places in Afghanistan. trip101 dot com - link.

- - - - -

Friday, July 09, 2021

Bacaan Lain Tentang Afghanistan

 

Selain mengenai Ahmad Shah Durrani di temui juga beberapa bacaan lain berkait Afghanistan.

Iran's Role in Afghanistan in the Modern Era: Leveraging Influence for Regional Supremacy. Tesis phd st andrews 2020. st andrews - link.

Fighting for Patronage: American counterinsurgency and the Afghan Local Police. Tesis phd SOAS tahun 2015. soas - link.

Ahmad Shah Massoud and the genesis of the nationalist anti-Communist movement in Northeastern Afghanistan 1969-1979. Tesis phd  London Uni tahun 2006. kcl - link.

Malalay’s Sisters: Women’s Public Visibility in ‘Post-war/Reconstruction’ Afghanistan. Tesis phd Sussex Uni tahun 2009 - link.

Articulation of tribalism into medernity: The case of Pashtuns in Afghanistan. Tesis MA Metu, Turkey tahun 2013. metu - link.

QAWM: TRIBE-STATE RELATIONS IN AFGHANISTAN FROM DARIUS TO KARZAI. BA thesis, Boston College, tahun 2011. source - link.

Poppies and Power – How hegemonic powers influenced the Afghan opium economy from the 19th century to the present day. Tesis MA Wien, Austria tahun 2017. - link.

Beyond ‘Tribal Breakout’: Afghans in the History of Empire, ca. 1747–1818. Journal of World History 2018. UCL - link

Balkh Mosque, Afghanistan [construction completed in 1421]

source: afghan in uae - fb link

Baca "Ten most beautiful cities in Afghanistan. the culture trip" - link

- - - - -

Tuesday, July 06, 2021

Tesis Ahmad Shah Durrani

 

Bila membaca sejarah pemerintah Afghanistan akan kita temui nama Ahmad Shah Durrani. Beliau merupakan pengasas kerajaan Afghanistan moden. Di temui juga beberapa tesis yang pernah ditulis tentang ASD. Antaranya adalah;

The Pearl of Pearls: The Abdālī-Durrānī Confederacy and Its Transformation under Aḥmad Shāh, Durr-i Durrān. Tesis phd Toronto pada 2017. Source: toronto - link.

Ahmad Shah Abdali - A great military genius an analytical study. Tesis Chhatrapati Sahuji Maharaj University, India. 1999. Source: link.

mm

Sovereignty, Space, and Identity: The Politics of Power in Eighteenth Century Punjab. Tesis phd, harvard uni 2018. Source: harvard - link. [Tesis masih period enbargo tidak boleh di muat turun].

Buku "Ahmad Shah Durrani: Father of modern Afghanistan". Terbitan tahun 1959 -  link.

Herat Citadel, Afghanistan

Binaan period 330 BC (wiki)

- - - - -

Saturday, July 03, 2021

Masjid Sepanyol Di Serang

 

Sikap membenci Islam masih berleluasa di Sepanyol Terkini satu serangan dilakukan ke sebuah masjid di Murcia, Sepanyol.

Petikan:

A mosque in Spain’s Murcia was attacked overnight on Wednesday, less than a month after the brutal assassination of a Moroccan man in the same Spanish region. The mosque in the Cabezo de Torres town, inaugurated in 2018, was spray-painted with the phrases “no to Islam,” “stop the invasion,” and “Spain’s sovereignty cannot be negotiated.

Source: muslim news - link.

Baca "Mosque vandalized in latest anti-Muslim attack in Spain's Murcia". daily sabah - link.

Abu al-Abbas al-Mursi Mosque, Murcia

Masjid ini di Alexandria Egypt bukan Murcia Sepanyol, dibina pada 1774 (source - wiki)

- - - - -