Friday, November 16, 2018

Ottoman Mustafa IV (1807-1808) - Catatan Maksudoglu


Mustafa IV adalah anak Abdul Hamid I bersama ibu beliau Sineperver Sultan (d.1828). Mustafa IV naik takhta Ottoman mengganti Selim III ketika usia 28 tahun. Catatan Maksudoglu tentang beliau cuma satu paragraf sahaja dalam setengah m/surat. 

Mustafa IV menyebelahi golongan penentang usaha menubuh Nizam-i Jedid yang menjatuhkan Selim III. Mereka yang menyokong Nizam-i Jedid pula masih ada dan diketuai Alemdar Mustafa Pasha. Beliau asalnya adalah anggota Janissari. Pada 1806 Mustafa Pasha dilantik sebagai vizier kerana menghargai kejayaan beliau dalam perang dengan Russia. Pada Julai 1808 Mustafa Pasha mara ke Istanbul bersama lima belas ribu tentera. Beliau bercadang mahu menaikkan semula Selim III sebagai sultan. Mengetahui cadangan Mustafa Pasha maka Mustafa IV segera bertindak mengarah Selim III dan Shezade Mahmud segera dibunuh. Selim III berjaya dibunuh manakala Mahmud terselamat. 

Berikutnya pada Nov 1808 Mahmud naik takhta sebagai Ottoman ke30 mengganti Mustafa IV. Mahmud kemudiannya mengarah Mustafa IV dibunuh.


Uc Serefeli Old Mosque, Edirne

siap dibina pada 1414 ketika period Mehmed I

Baca juga what to see in edirne - bbqboy net (link)

- - - - -


Sunday, November 11, 2018

Ottoman ke29 Sultan Mustafa IV 1807-1808


Entri asal geoab - link:

Sultan Mustafa IV naik takhta mengganti Sultan Selim III yang dijatuhkan dari takhta melalui satu permberontakan pada 1807 berpunca dari penentangan terhadap Nizam-i Jedid. Mustafa IV adalah anak Abdul Hamid I (Ottoman ke27) dan anak saudara kepada Selim III (Ottoman ke28). Beliau hanya sempat menduduki takhta selama setahun setengah (sekitar 17 bulan sahaja) bermula Mei 1807. Mustafa IV dikatakan termasuk dalam kalangan sultan yang tidak terdidik baik, dan dianggap tidak mengenang budi bapa saudaranya, Selim III, yang menjaganya sejak kecil. Mustafa IV berpihak kepada para pemberontak yang menentang dasar Nizam-i Jedid.

Period pemerintahan Mustafa IV menyaksikan suasana negara bertambah kacau bilau. Tambahan pula kesan peperangan dengan Russia terus menjadikan Ottoman bertambah lemah. Akhirnya pembesar mengambil keputusan untuk melantik semula Selim III. Namun Mustafa IV membuat keputusan bertindak supaya bekas sultan dibunuh. Mustafa IV juga mengarah supaya Mahmud II turut dibunuh. Arahan tersebut segera dilaksanakan tetapi hanya Selim III terbunuh (pada Julai 1808) sedangkan Mahmud II berjaya diselamatkan.

Sultan Mustafa IV kemudiannya telah dilucutkan dari jawatan dan dibunuh oleh Janassari pada November 1808. Naik mengganti beliau sebagai Ottoman ke30 ialah Sultan Mahmud II yang memerintah pada 1808-1839. Mustafa IV di makamkan tempat pusara bapanya Abdul Hamid I.


Makam Hamid I – tempat Mustafa IV dimakamkan (link)

- - - - -