Friday, March 31, 2017

Buku Turkey Ottoman Terbitan Oneworld

 

Elok juga dibaca buku berikut - Turkey: the quest for identity. Buku oleh Feroz Ahmad terbitan Oneworld tahun 2003 dan revised edition 2014.

Bab pertama: THE OTTOMANS:FROM STATEHOOD TO EMPIRE, 1300–1789, memuatkan perbicangan mengenai penubuhan Ottoman hinggalah period 1789.

Source - oneworld (link).

 

Sebuah monumen era Sejuk - Erzurun

Baca "Four stunning monuments of Seljuk". turkey tour - link.

- - - - -

Wednesday, March 29, 2017

Tesis Murad III dan Kanem Bornu

 

Ada sebuah tesis MA bertajuk "The relationship between the Ottoman Empire and Kanem Bornu during the reign of Sultan Murad III". Tesis Dept oh History, Bilkent University tahun 2015 tebal 155 m/surat. Kanem-Bornu adalah empayar generasi pemerintah yang pernah menguasai wilayah Cameroon, Chad dan Nigeria sekitar tahun 700 hingga 1900. Mereka juga bersambung dengan pemerintah nama yang berbagai.

Folder: D 1 2021 mac ottoman.

Petikan - abstrak:

This thesis focuses on the relationship between the Ottoman Empire and Kanem[1]Bornu during the reign of Sultan Murad III (1574-1595) and that of mai Idris Alooma. It looks at the history of one of the main factors that led the Ottoman Empire in Africa, the Sahara trade. It describes the history of both the Ottomans in Tripoli and that of Kanem-Bornu. It analyses the role that the Ottoman Empire played in Tripoli and the regions south of it during the reign of Sultan Murad III. This research attempts to better contextualize the presence of the Ottoman Empire in Africa during the second half of the sixteenth century

 

Pusara Murad III bersama ahli keuarga Ottoman lain

source: archaeo news - link

- - - - -

Saturday, March 25, 2017

Tesis Ottoman Murad III

 

Entri asal geoab - link:

Murad III memerintah dari 1574-95. Ada sebuah tesis tentang Murad III dengan tajuk “The Sur-i- Humayun of Murad III: A study of Ottoman pageantry and entertainment”. Tesis osu tahun 1966.

Kandungan:

Introduction.

Festivities of Ottoman Turkey.

The Sur-i-Humayun of Murad III: the preparations for the festival.

The Sur-i-Humayun of Murad III: solemn ceremonies.

The Sur-i-Humayun of Murad III: popular entertainments.

The Sur-i-Humayun of Murad III: spectacular entertainments.

The Sur-i-Humayun of Murad III: guild pageantry.

The Sur-i-Humayun of Murad III: the conclusion of the festival.

Conclusion.

Note: surname-i humayun = were albums that commemorated celebrations in the Ottoman Empire in pictorial and textual detail. Baca wiki.

Folder: Hzq 2021 mac murad iii.

Musicians_and_dancers

Lukisan gambaran sur-i-humayun Ottoman

(source – wiki)

– – – – –

Monday, March 20, 2017

Suasana Pemerintahan Murad III (1574-1595)

 

Entri asal geoab - link:

Pemerintahan Murad III masih dibantu banyak oleh Perdana Menteri Memhed Pasya. Beliau telah dilantik PM sejak zaman Salem II. Namun begitu nasihat beliau sudah mula diketepi dan akhirnya Mehmed Pasya telah dibunuh oleh para oportunis pada 1579. Penglibatan pertama Murad III dalam politik pentadbiran bermula pada 1575 apabila beliau campur tangan dengan pemilihan Raja Poland. Beliau meminta rakyat Poland melantik Putera Bathory sebagai raja mengganti Henry de Valois yang melarikan diri ke Perancis. Maka Poland berada di bawah naugan Ottoman bermula 1575.

Pada 1578 berlaku pula perebutan kuasa di Morocco di antara Sultan Mawlay Muhammad dengan bapa saudaranya Abdul Malik. Sultan Muhammad meminta bantuan Portugis manakala Abdul Malik memohon pertolongan Ottoman. Perebutan kuasa tersebut mengakibat berlakunya Perang Tiga Negeri/Raja (Battle of Three Kings) dengan berakhir kemenangan kepada Ottoman. Abdul Malik dilantik menjadi Sultan dan Morocco seterusnya berada di bawah kekuasaan Ottoman.

Berikutnya berlaku pula pergolakan di Iran selepas kematian pemerintah Safavid Tahmasp pada 1574. Beliau diganti oleh anaknya Ismail II yang terus menarik keluar Safavid dari perjanjian Amasya dengan Ottoman (yang bermula pada 1555). Apabila Ismail II meninggal dunia pada 1577 beliau diganti pula oleh Khudabandah. Pada masa ini Safavid Iran mula huru-hara. Ottoman mengambil kesempatan menyerang Safavid dan berlaku Perang Childir pada 1578 dengan kemenangan kepada Ottoman. Pada 1583 berlaku sekali lagi pertempuran Ottoman-Safavid dalam Perang Mesh’alah dengan kemenangan juga kepada Ottoman. Berikutnya Ottoman dan Safavid Iran memetrai perjanjian damai pada 1590.

Siri peperangan yang panjang dengan Iran menyebabkan kewangan Ottoman terjejas. Kesannya berlaku pula pemberontakan askar Janissari pada 1589. Mereka memberontak kerana masalah upah yang murah, masalah korupsi serta tidak puas hati terhadap pengambilan rekrut baru. Soal gaji murah juga menimbulkan pemberontakan di kalangan askar Sipahi pada 1593.

 

Mausoleum of Sultan Murad III

alamy - link

- - - - -

Friday, March 17, 2017

Ottoman ke12 Murad III (r1574-1595)

 

Entri asal geoab (link):

Selepas Sultan Selim II meninggal dunia naik mengganti adalah anak beliau Sultan Murad III. Period pemerintahan Murad III adalah dari 1574 hingga 1595. Sebelum ini telah disebut bahawa Sultan Selim II dikatakan sebagai tidak pernah turun ke medan perang sepanjang period pemerintahan beliau. Sebagai bandingan Sultan Murad III dikatakan lebih teruk kerana sepanjang 21 tahun pemerintahannya beliau hanya berkurung di istana sahaja. Beliau punyai empat isteri dan lebih seratus gundik.

Sultan Murad III juga tidak terlepas dari amalan fracticide. Berlaku pembunuhan ke atas anggota keluarga beliau melibat seramai lima orang saudara dan anak Murad III sendiri yang bernama Mahmud.

Murad III meninggal dunia pada 1595 kerana kematian biasa. Beliau dimakamkan di Hagia Sophia. Ketika Sultan Murad III meninggal dunia empayar Ottoman mencapai keluasan paling hebat menjangkau 19,902,000 km persegi. Pada period beliau juga jumlah orang Eropah yang memeluk Islam mencecah ratusan ribu orang. Semua itu berlaku kerana Ottoman mempamir model Islam yang hakiki. [Buku Abdul Rahman Abdullah page 260].

Murad died from what is assumed to be natural causes in the Topkapı Palace and was buried in tomb next to the Hagia Sophia. In the mausoleum are 54 sarcophagus of the sultan, his wives and children that are also buried there. He is also responsible for changing the burial customs of the sultans' mothers. Murad had his mother Nurbanu buried next to her husband Selim II, making her the first consort to share a sultan's tomb (wiki).

Baca "The night 19 Ottoman princes were killed by their brother (by Murad III)". royal central - link.

25 murad iii chamber

Chamber of Murad III at Topkapi

[source: culturecityistanbul bspot]

 

Friday, March 10, 2017

Ottoman Murad III (r.1574-1595)

 

Selepas kematian Selim II pada 1574 naik mengganti beliau adalah Sultan Murad III. Perbincangan tentang Murad III dalam buku Maksudoglu tidak begitu banyak. Cuma dalam empat m/surat sahaja. Murad III adalah anak kepada Selim II dan ibunya adalah Nurbanu Sultan. Ibu Murad III digelar juga dengan panggilan Atik Valide.

Pada awal menaiki takhta Murad III terlibat juga dengan amalan fracticide. Namun kisah fracticide Murad III tidak disentuh dalam buku Maksudoglu. Sepanjang period pemerintah Murad III beliau tidak pernah ikut pasukan tentera Ottoman berperang Beliau cuma berada di istana. Hal ini sama sebagaimana ayahnya, Selim II.

Berikut disenaraikan beberapa aktiviti ketenteraan yang berlaku sepanjang period Murad III seperti mana tercatat dalam buku Maksudoglu:

1578: Battle of Three Kings at Fez.

1574-1577: War with Iran.

1593: War with Austria.

Masjid Atik Valide untuk Nurbanu Sultan, ibu Murad III


 

Mimar Sinan built the Atik Valide Mosque in 1583 for the wife of Sultan Selim II, Valide Sultan Nurbanu. She is also the mother of Murad III. [source: tourist - link].

Penerangan tentang masjid atik valide ada juga di forevertravel (link) dan howtoinstanbul (link).

- - - - -

Sunday, March 05, 2017

Tokoh Perubatan Silam Islam - Al-Zahrawi


Tiga tokoh ternama silam yang juga pakar dalam perubatan.

Al-Razi juga digelar Bapa Perubatan Arab.

Ibnu Sina juga digelar Bapa Kedoktoran.

Al-Zahrawi juga digelar Bapa Ilmu Pembedahan Moden.

Al-Zahrawi (936-1013) kelahiran Zahra kota yang dibangun oleh Umayyad Cordoba Abdurrahman al-Nasir. Beliau terkenal sebagai penulis kitab ensiklopedia perubatan, Al-Tasrif. Di kalangan sejarawan Barat al-Zahrawi dikenali dengan beberapa nama. Salah satunya sebagai nama Abulcasis.


Kitab Al-Tasrif oleh Al-zahrawi (source - hekint)

Baca "The Patna manuscript of Al-Zahrawi's Al-Tasrif". Link - iosminaret 12 pages.

Baca "Abulcasis the pharmacist surgeon". Link - hekint.

Baca Abu Al-Qasim Al-Zahrawi the great surgeon". Link - muslim heritage.

- - - - -

Labels: ,

Friday, March 03, 2017

Sejarah Hindu-Buddha Lembah Bujang


Baca tesis MA "Zaman Hindu-Buddha di Lembah Bujang: satu penilaian berdasarkan data arkeologi". Tesis oleh  Mohd Supian bin Sabtu Universiti Malaya tahun 1998. Leong Sau Heng  (Source - studentsrepoum).


Antara Candi yang ada di Lembah Bujang
(Candi Bendang Dalam)

Kandungan:

Pengenalan
Penyelidikan arkeologi Lembah Bujang
Peninggalan Candi Lembah Bujang
Arca-aarca berhubungan keagamaan di Lembah Bujang
Relikuari dan inskripsi di Lembah Bujang
Pembahasan
Penutup

- - - - -