Friday, January 31, 2020

Laman Sejarah Untold

 Banyak catatan sejarah termuat dalam laman berikut .. untoldH.

Ruang dah kemas 0220

- - - - -

Sunday, January 26, 2020

Berkonvo Budaya Traditional Hawaii

 Konvokasi merupakan detik bersejarah bagi pelajar. Majlis konvo dirai dengan berbagai gaya. DI Hawaii Uni Manoa seorang graduan membuat kejutan dengan memakai gaya tradisional Hawaai ketika di pentas konvo. Belaiu tidak memakai gown konvo sebaliknya malo iaitu satu gaya budaya Hawaii.

Baca"UH Manoa graduate receives diploma in malo". hawaii news - link.

 

Berkonvo dengan budaya malo Hawaii

- - - - -

Thursday, January 23, 2020

Tesis Manoa - Trade in Early Historic Period Kedah

Sejarah Kedah mendapat liputan kajian oleh bukan sahaja dalam negara malah telah di kaji juga oleh pengkaji Manoa, Hawaii. Sebuah tesis "Trade, transportation and tributaries: exchange, agriculture and settlement distributionin early-historic period Kedah" ditulis oleh Jane Allen pada 1988. Tesis tersebut tebal 845 m/surat. Kajian Jane melibatkan teknik ujian radio karbon bagi lapisan tanah sekitar period 610-1020 dan tinggalan  tradeware sekitar period 1200-1250. Kajian Jane turut mendapat dokongan dan bantuan dari Prof Tunku Shamsul Bahrin, Jabatan Geografi UM dan Juga Shahrom Yub Pengarah Museum Negara.

Introduction to exchange in Malaya; Methods and methodological considerations; The molding of a peninsula; The workable surface - soils and biotic resources; Human communities and settlement patterns; The historic evidence for trade in Malaya; Shrines, inscriptions and sherds in South-Central Kedah; Sites in a transformed landscape - geoarchaeological survey; Portable artifactscollected at Kedah sites; ... ada tiga belas bab penulisan!

 

Jane Allen (source - angkordatabase - link)

Source: manoa - link.

 

Convocation at Hawaii Uni

Baca "Why and how do we wear caps and gowns?". manoa 2016 - link.

- - - - -

Monday, January 20, 2020

Masjid Tua Terbiar Kedah


Dalam mencari bahan bacaan sejarah temu juga tentang masjid-masji tyang lama terbiar di Kedah. Antaranya adalah masjid lama Bukit Peng, Bandar Baharu. Ada yang memakai nama Bukit Apeng (usm - link). Sebuah lagi masjid lama adalah di Pengkalan Kakap, Merbok yang dibina sekitar 1800 (link). Masjid baru cuma bersebelahan iaitu Masjid Abdul Rahman (art melayu - link).

Masjid Lama, Bukit Peng, Bandar Baharu

Baca "Lawatan tapak ke masjid lama Bukit Peng". mufti kedah - link.

- - -


 Masjid lama Pengkalan Kakap, Merbok

Baca "Masjid lama Pengkalan Kakap kebanggaan pedagang Islam". utusan malaysia - link.

Baca juga "Hari Raya past". nst - link.


- - - - -

Saturday, January 18, 2020

Sedikit Mengenai SAT dan Perang Bisik


Setelah membaca beberapa artikel sejarah tentang Perang Bisik ada pula beberapa catatan tentang sengketa pemerintahan ketika itu. Persengketaan ini melibatkan SAT dan dua orang besar istana Tunku Bisnu dan Tunku Yaakub. Persengketaan berlaku selepas kemangkatan Sultan Abdullah al-Mukarram (r.1778-1797). SAM diganti oleh anaknya Tengku Pangeran (yang kemudian digelar Sultan Ahmad Tajuddin II). Oleh kerana TP masih kanak-kanak maka pemerintah sementara yang memangku adalah Tunku Dhiauddin.

TP mula naik takhta pada 1803 memakai gelaran SAT II. Tunku Dhiauddin pula berikutnya diberi kuasa menguasai Perlis. Beliau mangkat pada 1813. Apabila TD mangkat Tunku Yaakub (yang ketika itu Raja Muda Kedah) mohon untuk mengganti TD di Perlis. Namun tidak diizin dan jawatan tersebut diserah kepada Tunku Sulaiman.

Ini menimbulkan kemarahan TY dan beliau berdendam serta menemui Raja Ligor dan berpakat menjatuhkan SAT. Pada 1820 mereka berdua mengadap Raja Siam untuk melancar serangan ke atas Kedah. Maka berlakulah Perang Bisik.

Apabila Kedah kalah TY cuba untuk mengambil takhta Kedah. Namun tidak diizin oleh Siam/Ligor. Sebaliknya beliau ditangkap dan dituduh dan seterusnya dijatuhi hukuman bunuh.

Tunku Bisnu adalah adik kepada SAT dan merupakan pemerintah yang berkuasa di Setul. Tunku Bisnu kekal menjadi pemerintah Setul sehinggalah berlaku krisis perebutan kuasa olih adiknya, Tunku Yaakub (Tunku Embun) yang mahu menguasai Setul dan Perlis pada tahun 1821.

Selepas Tengku Bisnu meninggal dunia pada 1843 anaknya Tunku Muhammad Akib dilantik sebagai pengganti.


Museum Kota Kuala Kedah
(tersimpan di sini sejarah Perang Bisik)
- - - - -

Tuesday, January 14, 2020

Sejarah Ekoran Perang Bisik


Apa pula sejarah seterusnya ekoran Perang Bisik. Sedikit catatan dari nota sejarah melayu:

Sejarah Setul 1821-1897 setelah Perang Musuh Bisik

Pada hari Ahad 12 November 1821, Kedah mengalami peristiwa pahit dalam sejarah. Ketibaan armada Siam menyerang dan menawan Kedah. Sultan Ahmad Tajuddin (SAT) yang gagal mendapat bantuan Inggeris terpaksa tinggal dalam pembuangan di Melaka. Siam telah mengamalkan dasar "pecah dan perintah" telah membahagikan Kedah kepada beberapa daerah iaitu Kedah yang digelar Saiburi, Kubang Pasu, Kayang (Perlis) dan Setul. Dalam tahun 1839, Tunku Anum bersama Tunku Bisnu dan Syed Hussain telah berangkat ke Ligor. Di atas kepintaran politik dan diplomasi Tunku Anum berjaya mengembalikan takhta Kedah kepada SAT pada 1841. Di atas mengenang jasa itu dengan persetujuan pihak Siam SAT bersetuju menyerahkan tiga buah jajahan Kedah kepada tiga tokoh tersebut;

Tunku Anum - memerintah Kubang Pasu; bersemayam di Kota Pulau Pisang, Tunjang.
Tuan Syed Hussain - memerintah Perlis dan bersemayam di Arau
Tunku Bisnu - memerintah Setul bersemayam di Kota Mambang Segara.

Ketika zaman-zaman terakhir pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin hubungan Baginda dan saudaranya terjalin mesra. Baginda mengekalkan wilayah Setul di bawah Tunku Bisnu sejak 1808 hingga 1821. Tunku Bisnu memerintah Setul untuk period kedua iaitu 1841-1843 berpusat di Kota Mambang Segara (Dewa Lautan). SAT dan Tunku Bisnu mangkat pada tahun yang sama iaitu pada 1845. Tunku Bisnu telah digantikan oleh puteranya Tunku Muhammad Arkib. Pemerintahan Kedah dan Setul sangat akrab ditambah dengan perkahwinan sesama kerabat. Tunku Muhammad Arkib merupakan pemerintah paling lama mentadbir Setul iaitu hampir 34 tahun (1943-1876). Pemerintah seterusnya ialah Tunku Ismail (1876-1888) dan Tunku Abdul Rahman (1888-1897).


Makam Al-Marhum Kayang Pertama

- - - - -

Sunday, January 12, 2020

Museum Kota Kuala Kedah



Melawat Kota Kuala Kedah dan Museum Kota Kuala Kedah untuk mendapat pendedahan (exposure) mengenai sejarah pahlawan Kedah silam menentang Siam. Antara yang dapat dipelajari adalah usaha panglima Kedah silam dan peranan mereka melawan Siam sepanjang Perang Musuh Bisik 1821-1842. Perang ini dilancar oleh Siam dengan bantuan tentera kerajaan Ligor yang berpusat di Nakhon Si Thammarat.





Cerita tentang penderitaan Melayu Kedah akibat serangan Siam boleh dibaca di sini (nota sejarah melayu - fb).

Baca "Kota Kuala Kedah: pintu kebal utara" - source jurnal malaysia.

"Kota Kuala Kedah Museum" - source - jmm.

"Kota Kuala Kedah: Gelanggang harimau menerkam" harga Rm92 - source upmpress 2017.

Ada sebuah artikel "Meriam-meriam Kedah di Wat Phra Mahathat Woramahawihan, Nakhon Si Thammarat. Jurnal Arkeologi Malaysia Sep 2019. source folder D 1 2020 Lembah Bujang

Banyak lagi koleksi sejarah boleh di baca di perdana leadership - link.

- - - - -

Friday, January 10, 2020

Gua Sireh Baling Kedah


Satu tarikan baru eko-pelancungan daerah Baling adalah Gua Sireh. Menurut petugas pemandu pelancung ia mula dibuka kepada awam sejak 14 bulan lalu. Pelancungan Gua Sireh diberi permit oleh MDB dan diusahakan oleh Koperasi Penduduk Kampung yang dianggotai oleh lebih seratus orang. Mereka mengena bayaran masuk Rm10 seorang. Pelawat akan diiring masuk dalam kumpulan dan satu sesi ekspedidi memakan masa selama satu jam setengah.

Kajian tentang sejarah Gua Sireh dilakukan oleh ATMA dan Jabatan Sejarah UPSI.


Pintu masuk ke Gua Sireh



Sebahagian pemandangan dalam Gua Sireh

Baca "Baling sudah didiami seawal 17,000 tahun" - sinarharian ogos 2018.