Monday, April 26, 2021

Mehmed Masuk Constantinople 1453

 

Sultan Mehmed memerintah Ottoman mengganti bapa beliau Murad II. Sejarah megah dan jasa besar Mehmed adalah peristiwa membuka Constantinople kepada Ottoman pada 1453. Berikut adalah sejarah ringkas tarikh pembukaan Constantinople oleh Mehmed berdasarkan catatan buku Maksudoglu;

April 6, 1453: Pasukan Mehmed memulai "the siege of Constantinople" - pada hari Jumaat. Mehmed berdepan dengan kesukaran kerana adanya rantai besar yang dipasang sepanjang pintu perairan.

April 18: Tentera Ottoman memulai serangan pertama untuk menembus kubu (walls) masuk melalui lubang namun masih terhalang.

April 20: Pope menghantar pasukan kapal perang Genoese (dari Republic of Genoa). Ketibaan kapal ini pada mulanya memaksa komander laut Ottoman Sulayman Beg mengalah. Beliau akhirnya diganti oleh Hamza Beg dan Ottoman mara meneruskan serangan.

April 21-22: Ottoman mara bergerak dengan membawa kapal menyeberang melalui jalan darat pada malam hari. Kejayaan usaha besar ini telah mula melemahkan semangat pihak Byzantine.

May 6: Ottoman melaku serangan selepas terbit matahari namun masih tersekat.

May 12: Serangan kali kedua Ottoman. Kali ini mereka cuba lagi untuk masuk menembusi walls melalui lubang. Namun masih juga tersekat. Seterusnya pasukan Ottoman mengambil keputusan berusaha dengan memanjat walls. Usaha ini diketuai oleh Ulubadli Hasan. Malangnya usaha beliau belum berhasil. Hasan bersama lapan belas anggota pasukan syahid dalam usaha berkenaan.

Seterusnya Ottoman berdepan pula ancaman pasukan Hungary yang merancang datang membantu Byzantine. Sampai pada satu suasana kritikal pemimpin tentera Ottoman, Jeneral Halil Pasya mengambil keputusan untuk berundur. Namun atas nasihat dan desakan oleh vizier Zaganos Pasya bersama Syeikh Samsudin (ada yang eja Akshemseddin) supaya serangan diteruskan. Akhirnya menjelang subuh Selasa 29 May serngan Ottoman mencapai kemuncaknya. 

May 29: Ottoman berjaya memasuki Constantinople diketuai Mehmed masuk melalui Topkapsu Gate.  


Walls of Constantinople


Source: turkey tour - link.

Built by Emperor Theodosius II between 412 and 413 AD walls, which today is well known as the Theodosius Walls, had three parts - a main wall, a lower front wall and a moat or trench divided in that way it could be filled with water. Source: link.

Baca juga Theodesian Wall - world of history - link.

- - - - -

Friday, April 23, 2021

Penentangan Ibrahim Beg Ketika Period Sultan Murad II dan Mehmed II

 

Ketika Sultan Murad II mula memerintah beliau berdepan dengan penentangan oleh bapa saudaranya Mustafa Chelebi. Mustafa adalah anak Sultan Bayezid yang ditawan oleh musuh ketika perang dengan Tamerlane. Mustafa kemudiannya diserahkan kepada pemerintah Byzantine dan dibebas ketika Murad II mula naik takhta.Mustafa Chelebi akhirnya berjaya dikalahkan oleh Murad II. Beliau ditangkap dan akhirnya dibunuh pada 1422 di Erdine. Murad II banyak dibantu oleh vizier Haji Ivaz Pasya dalam usaha menewaskan Mustafa Chelebi.

Pada 1426 ketika Murad II berada di Eropah pemimpin Karaman bernama Mehemed Beg pula melancar serangan di Antalya Castle. Namun beliau meninggal dunia ketika serangan berjalan. Mehemed Beg sepatutnya diganti pula oleh anak beliau Ibrahim Beg. Namun apa yang berlaku ialah pakciknya yang bernama Ali Beg lebih dulu dapat menguasi wilayah tersebut. Ibrahim Beg akhirnya lari bersama Isa untuk berlindungan dengan Murad II. Kedua mereka berikutnya dikahwinkan pula dengan anak Murad II.

Pada 1425 Ibrahim Beg menimbulkan masalah di Erdine sehingga memaksa Murad II berdepan dengan pasukan Ibrahim. Pasukan Ibrahim dapat ditewaskan dan Ibrahim sempat lari ke Tasheli. Ibrahim mengutus surat memohon maaf kepada Murad II. Beliau diampun oleh Murad II atas pemintaan dan rayuan isteri Ibrahim yang juga anak Murad II.

Apabila Murad II melepas jawatan pada 1443 kepada anaknya Mehmed sekali lagi Ibrahim menimbul masalah. Ibrahim mengambil kesempatan cuba merampas Ottoman. Ibrahim berpakat dengan pasukan Eropah Hungary. Mehmed meminta bantuan ayahnya, Sultan Murad II untuk menentang pasukan Hungaryyang menjadi pakatan Ibrahim.Murad II akhirnya berjaya mengalahkan pasukan Hungary dan membunuh Raja Hungary di medan perang. Ibrahim yang khianat akhirnya telah dimarahi oleh Mehmed. 

 

Us Serefeli Jami

 

Dibina pada 1437-1447

source: travel - link.

- - - - -

Monday, April 19, 2021

Old Mosque Erdine 1414

 

Period pemerintahan Ottoman menyaksikan banyak masjid di bina . Salah satu masjid tersebut ialah Masjid Tua Erdine (atau Old Mosque Erdine). Masjid tersebut juga dikenali dengan nama Turki Eski Camii Mosque. Erdine merupakan ibu kota pemerintahan period awal Ottoman.

Masjid Tua Erdine mula dibina pada 1403 oleh anak Sultan Bayezid I yang bernama Emir Suleyman (d.1410). Selepas kematian beliau pembinaan masjid diteruskan oleh Musa Chelebi (d.1413). Beliau adalah juga seorang lagi anak Sultan Bayezid. Musa Chelebi ditewaskan oleh Mehemet Chelebi pada 1412 dalam perebutan menguasi takhta Ottoman. Mehemet Chelebi akhirnya berjaya menyudahkan pembinaan Masjid Tua Erdine pada 1414.

Sultan Mehemed meninggal dunia pada 1421 dan beliau menyerahkan Ottoman kepada anak yang bernama Murad II (r.1421-1451).

 

Masjid Tua Erdine / Eski Camii Mosque

 


 

Baca Eski Camii Erdine - description and photo. travel article (link).

- - - - -

Thursday, April 15, 2021

Bacaan Mengenai Janissari dan Ottoman Sekitar 1300

 

Janissari adalah pasukan tentera yang ditubuh semasa pemerintahan Sultan Murad I Ottoman (r.1362-1389). Berikut adalah beberaba sumber bacaan tajuk Janissari.

Artikel "The Janissaries of Damascus in the sixteenth century, or, how conquering a province changed the Ottoman empire. Artikel  oleh 14 m/surat - link. [Hzq 1 2019 azam freemason].

Tesis "Rethinking Vaka-i Haiyriye (the auspicious event): elimination of the Janissaries on the path to modernization". Tesis MA oleh Kadir Ustun, Bilkent Uni pada 2002. Source bilkent - link.

Tesis "The urban Janissary in eighteen-century Istanbul". Tesis phd Birmingham Uni

Penubuhan Janissari adalah pada period Ottoman Murad. Tesis berikut mungkin mencerita sesuatu tentangnya. Tesis "A mirror for the Sultan - Early Ottoman Chronicles 1300-1453". Source Gent Uni Belgium - link.

Bacaan ini juga tentang Ottoman sekitar period Orhan dan Murad I. Satu chapter tentang "The Ottoman Turks and the Crusades 1329-1361". Chapter tebal 66 m/surat. Source: wisconsin edu - link.

Masjid Murad I, Busra

Masjid dibina 1366 oleh Murad I.

Baca "Murad I the sovereign mosque". Source: bursa dot com - link. Ada banyak bangunan ikon bersejarah yang juga tersenarai sama.

Sebuah lagi masjid sultan murad ada di Skopje, Macedonia - link.

- - - - -

Saturday, April 10, 2021

Tesis Janissari Ottoman

 

Senuah tesis untuk pembacaan tentang Janissari Ottoman. Tsis bertajuk "The urban Janissary in eightrrnth-century Istanbul". Tesis phd Gemma Masson, Birmingham Univ pada 2019.

Kandungan:

The Janissaries as soldiers.

The Janissaries as power brokers.

The Janissaries as social and economic actors.

A changing institution in a changing world.

Source: bmh - link.

 

Kampus Birmingham University

Baca "Why Birmingham Univ is the best in the UK". the tab dot com 2016 (link).

- - - - -

Tuesday, April 06, 2021

Ottoman Murad I dan Janissari

 

Entri susun semula (link):

Satu perkembangan besar yang diperkenal oleh Sultan Murad I (r.1362-89) ketika period pemerintahan beliau ialah penubuhan pasukan tentera yang dikenali sebagai Janissari. Sebelum penubuhan Janissari pasukan tentera Ottoman adalah terdiri dari rekrut yang diambil bekerja atas inisiatif Jeneral Kara Halil (d.1387) di kota Busra. Kaedah merekrut menimbul masalah kerana ramai rekrut yang lari keluar meninggalkan pasukan tentera.

Kerana masalah dalam merekrut maka kaedah baru ialah dengan menubuh pasukan askar baru.bermula pada sekitar tahun 1378. Pasukan tentera baru ini dikenali dalam nama Turki, Yenichari, yang membawa makna askar baru (i.e., Janissari). Anggota janissari terdiri dari anak-anak kaum Balkan yang wilayah mereka menjadi tawanan Ottoman.

Rumelian Fortress, Istanbul

Nota: Turki pada zaman Ottoman terkenal juga dengan binaan kubu untuk mempertahan dari serangan musuh. Salah satunya adalah Kubu Rumali Instanbul.

The Rumelian Fortress Istanbul was built by Fatih Sultan Mehmet in 1452. The castle was built on the narrowest point of the Bosporus to prevent possible attacks from the north of Istanbul. Its construction was completed in just ninety days. Source - daily sabah (link).

- - - - -

Saturday, April 03, 2021

Ottoman Murad (r.1362-1389)

 

Sultan Murad merupakan pemerintah ke3 Ottoman selepas Osman Gazi dan Orhan. Murad mula menjadi sultan Ottoman pada 1362. Ada juga pengkaji yang menyatakan Murad telah pun mula berkuasa lebih awal iaitu sejak 1359. Pada ketika itu bapa beliau Orhan belum meninggal dunia. Pembesar Ottoman lain pada period tersebut adalah Lala Shahin Pasha. Berikutnya pada 1361 Murad berjaya menawan Edirne dan menjadikan kota pentadbiran Ottoman. Sebaik menjadi sultan pada 1362 Murad telah mara masuk ke Ankara. 

Pada 1363 tercetus perang antara Ottoman dengan tentera Kristian yang menyeberang masuk ke Erdine. Pasukan Kristian dipimpin oleh King Lajos dari Hungary. Pasukan Ottoman pimpinan Murad berjaya mengalahkan tentera Kristian sekali pun jumlah tentera Kristian jauh lebih ramai. Pemimpin sebenar tentera Ottoman ketika perang ini adalah Haji Ilbegi.

Pada 1366 Pope umum menubuh pasukan tentera Salib untuk menyerang tentera wilayah Islam. Respon awal yang beliau terima ialah dari Duke of Savoy, Amedesus II. Beliau menghantar pasukan yang menyerang Ottoman dan berjaya menawan Gallipoli. Lanjutan serangan tersebut Ottoman membina semula kekuatan dan berkubu di wilayah Thrace.

Catatan bacaan Mehmet Maksudoglu - Osmanli, pg 37.

 

Green Mosque, Iznik, Turkey

Source: tour turkey - link)

- - - - -