Friday, December 30, 2022

Berbagai Kumpulan Kaum Migran India


Catatan buku The Malaysian Indian Dilemma m/surat 26-32.

Selain warga Ceylon migran kaum India yang datang ke Malaya adalah dari kaum berikut;

Telugu - kebanayakannya dari negeri India Pradesh.

Malayalee - dari Kerala iaitu wilayah selatan India. Mereka terdiri dari famili Nambiar, Menon dan Nair. Bagi Malayalee yang Muslim mereka digelar juga Malabari. Kebanyakan Malabari membuka bisnes makanan dan restoran.

Satu lagi kumpulan India yang ada adalah golongan Chetti. Merka tergolong dari Nattukottai Chettiar yamg awalnya telah ada di zaman Kesultanan Melaka.

Ceylonese, Telugu, Malayalee dan Chetti adalah kumpulan dari selatan India. Selain mereka ada pula migran dari utara India. Mereka adalah kaum Sikh, Gujeratis, Sindis, Benggali dan beberapa kumpulan lain.

Sikh bertutur Punjabi dan datang dari Punjab. Bagi yang lelakinya nama hujung Singh manakala yang perempuan Kaur. Salah seorang Sikh yang berjaya adalah Datuk Mahima Singh. Beliau pernah menjadi MP Seremban mewakili parti MIC Seorang lagi ahli politik Budh Sing yang pernah menjadi Presiden MIC ketika awal penubuhan.

Bank of China BKK

- - - - -


Tuesday, December 27, 2022

Kedatangan Warga Ceylon Ke Malaya


Catatan bacaan The Malaysian Indian Dilemma m/s 20.

Menurut penulis Vanjey Raman Manickam warga Ceylon mula datang ke Malaya pada 1894. Kebanyakan mereka adalah para professional seperti doktor, peguam dan jurutera. Menjelang 1931 dikata jumlah mereka sudah seramai 12,700. Bila sekolah Inggeris Victoria Institution mula dibuka pada 1900 ramai anak warga Ceylon menjadi murid. Menjadikan majoriti murid VI terdiri warga Ceylon. Menjelang 1947 bilangan warga Ceylon meningkat kepada15,411 dan sepuluh tahun kemudian menigkat kepada 24,616. Selepas kemerdekaan sekitar 70% dari mereka memperoleh kewargaan. [Rujuk buku Ramasamy pg 218].

Pada 1930 Stadium TPCA siap dibina di Kuala Lumpur. TPCA bermakna Tamilian Physical Cultural Association dan stadium tersebut menjadi pusat aktiviti warga Ceylon dan turut menjadi kebanggaan kepada warga Tamil lain.

Warga Ceylon yang berhijrah ke Malaya memandang rendah kepada buruh migran India yang datang bekerja di estet Tanah Melayu. Mereka rapat dengan pentadbir British tetapi tidak mengguna hubungan baik tersebut membantu ehwal buruh migran di estet.

Bangunan The Willows BKK (Dec '22)

- - - - -


Saturday, December 24, 2022

Tesis Penubuhann MIC (2015)


Tesis bertajuk "Sejarah perkembangan parti Malayan Indian congress di tanah Melayu, 1946-1957". Tesis oleh Shanthiah a/p Rajagopal UM pada tahun 2015.

Sumber: studentsrepo (link).

Ibu Pejabat PWC, BKK

- - - - -

Sunday, December 18, 2022

Pandangan Nilai Ekonomi dan Daya Cipta Orang Melayu


Dalam prakata sebuah buku tentang nilai-nilai orang Melayu disebut perkara berikut;

Seorang pengarang Perancis, Laurent Metzger, menyebut bahawa sebelum kedatangan orang Barat ke alam Melayu, orang Melayu sudah pun mempunyai nilai ekonomi seperi yang dibuktikan dari perdagangan yang dijalankan. Tetapi nilai ekonomi tidak diletakkan di atas sekali di dalam senarai nilai-nilai yang ada. Sikap inilah yang membezakan orang Melayu dengan orang Cina. Dalam budaya Cina nilai ekonomilah yang mendahului dan mengatasi nilai-nilai lain. 

Satu lagi hal yang dibangkitkan Metzger ialah adanya daya cipta yang tinggi di kalangan orang Melayu. Tetapi daya cipta tersebut terhenti pada tahap kesenian dan kraftangan. Ia tidak dilanjutkan kepada bidang perusahaan. Maka ia tidak menyerlah seperti pada kaum lain.

Plaza Temerloh (Feb 2022)

- - - - -

Friday, December 16, 2022

Sejarah Ringkas Keruntuhan Campa


Catatan artikel "Perpindahan dan hubungan semasa Orang Cam" oleh Mohamad Zain Musa (sari 2008 - link).

Kewujudan kerajaan Campa tercatat dalam dokumen Cina tahun 192M. Kerajaan Campa bersempadan dengan China di utara. Orang Viet yang mendiami selatan China ingin membebas diri dari China sejak tahun 111SM dan akhirnya berjaya menubuh kerajaan sendiri pada 939M

Serangan pertama Viet ke atas kerajaan Campa berlaku pada 982M. Indrapura ibukota pertama Campa musnah. Viet terus menerus bergerak ke selatan menyerang Campa dan akhirnya pada 1471 ibukota Campa, Vijaya, dimusnah secara sistematik.

Orang Viet juga telah membunuh dan mengusir orang Campa ke kawasan lain di selatan. Pada tahun 1653, Vietnam menakluki Kauthara dan pada tahun 1692, bahagian lain di selatan, iaitu Panduranga juga diduduki orang Viet. Akhirnya pada tahun 1835 wilayah Campa telah dirampas kerajaan Vietnam buat selamanya.

Sebuah kiosk mesin ATM di Cambodia

- - - - -

Tuesday, December 13, 2022

Kemangkatan dan Pengganti Raja Ang Chan

Keadaan bertambah buruk selepas kematian Raja Ang Chan Kemboja pada 1835. Beliau tak punya anak lelaki maka telah diganti oleh anak perempuan yang bernama Ratu Ang Mei memerintah dari 1835-1847. Beliau mendapat dokong kerajaan Vietnam yang bertujuan membawa Kemboja masuk sebahai wilayah pemerintahan Vietnam. Pesaing kepada Ratu Ang Mei adalah Raja Ang Duong yang disokong oleh kerajaan Thailand. Raja Ang Duong  memegang tampuk pemerintahan Kemboja pada period 1841 hingga 1860. Ketika pemerintahan Raja Ang Duog muncul pemberontakan yang diketuai oleh tiga adik-beradik Cam Melayu. Mereka adalah Tuan Him, Tuan Sou dan Tuan Sa-it yang mencetus pergolakan pada tahun 1858.

Pemberontahan tiga beradik ini seterusnya mewujudkan perpecahan di kalangan Cam Melayu kepada dua gololongan. Satu pihak menyokong Raja Ang Duong manakala satu pihak lagi di pihak penentang.

Nota : period sekitar 1770-1800 di Malaya bermulanya kedatangan British dengan Francis Light Penang pada 1786. Period 1821-1842 pula menyaksi serangan Siam ke atas negeri Kedah bermula dengan perang Bisik Musuh.

Deretan kedai farmasi di Siem Reap

- - - - -

Saturday, December 10, 2022

Nota Buku Cam-Melayu Cambodia


Catatan bacaan bab 1.

Cam Melayu yang ada di Cambodia adalah penghjirah yang lari dari huru-hara yang berlaku di wilayah kerajaan Campa. Huru-hara tersebut adalah akibat kegagalan kerajaan Campa menyekat perluasan kuasa oleh Vietnam bermula seawal pertengahan abad ke-15. Penghijrahan Cam Melayu ke Kemboja berlanjutan hingga penghujung abad ke-18. Kali ini penghijrahan tersebut tercetus akibat perang saudara sesama orang Vietnam di Panduranga Campa period 1771-1802.

Percampuran orang Cam Melayu dengan pedagang Melayu Islam yang datang dari Nusantara menyebab ramai Cam Melayu memeluk Islam. Pada peringkat awal orang Cam Melayu menerima perlindungan baik dari kerajaan Kemboja. Pada pertengahan pertama abad ke-19 hubungan orang Cam Melayu dengan penduduk majoriti Kemboja mula tegang berpunca dari politik yang mula tidak stabil kerana ancaman dari Vietnam dan juga Thailand.


Deretan kedai di Siem Reap

- - - - -

Tuesday, December 06, 2022

Masjid Km7 Phnom Penh

Sebelum ada masjid al-serkal telah ada sebuah masjid lama di Phnom Penh yang dibina pada 1813. Semasa Khmer Rouge berkuasa mereka menukar masjid tersebut dan kawasan sekitarnya menjadi tempat ternak. Kemudian pada 2018 Masjid Nur ul-Ihsan dibina semula dengan dana dari Kuwait dan nama barunya dikenali sebagai Km7 Mosque kerana lokasinya sekitar 7km dari pusat kota Phnom Penh. 

Baca Nur ul-Ihsan mosque - wiki (link).

Cambodia remembers its fallen Muslims (link).

Baca juga tentang masjid di Yangon, Bangkok, al-Serkal etc (link).

Km 7 Mosque, Phnom Penh

- - - - -  

Saturday, December 03, 2022

Masjid Al-Serkal Phnom Penh

 

Masjid terbesar di Phnom Penh adalah Masjid Al-Serkal. Masjid mula dibuka secara rasmi oleh PM Hun Sen pada Mac 2015 - link.

Al-Serkal Mosque in Phnom Penh's Boeng Kak neighbourhood was funded by Eisa Bin Nasser Bin Abdullaatif Alserkal, an Emirati businessman and replaces a mosque that once sat on the same site before it was torn down in 2012.

Sumber - link.

Ruang Solat Masjid Al-Serkal

- - - - -